SERAMAI 6.62 juta individu atau 20.3 peratus sudah melengkapkan dos penggalak vaksin COVID-19.

Pada Isnin, terdapat pertambahan 201,716 individu melengkapkan suntikan ketiga vaksin tersebut.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, seramai 25.62 juta populasi keseluruhan atau 78.5 peratus yang lengkap divaksinasi.

Manakala, 26 juta individu atau 79.7 peratus daripada populasi keseluruhan telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi dewasa, seramai 22.86 juta individu atau 97.7 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.

Manakala, 98.9 peratus atau 23.15 juta daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2.75 juta individu atau 87.6 peratus telah melengkapkan dua dos.

Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan hanya Terengganu, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.

Terdapat pertambahan 208,327 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 58 juta dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.