666 positif hari ini, dua penjara penyumbang utama kes COVID-19 di Sabah

Syafik Shukri Jalil
Julai 18, 2021 08:05 MYT
Sabah merekodkan peningkatan kes positif COVID-19 secara mendadak dalam dua hari dengan 647 kes semalam dan 666 kes hari ini. - FOTO: BERNAMA
KUALA LUMPUR: Dua penjara di Sabah terus menjadi penyumbang kes positif COVID-19 tertinggi di negeri itu.
Menerusi perkongsian Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun di Twitter, dua penjara tersebut penjara Kapayan di Kota Kinabalu dan penjara Tawau.
“50.3 peratus daripada keseluruhan 666 kes positif yang dilaporkan hari ini dikesan di dua penjara.
‘’Penjara Kapayan merekodkan 211 atau 76 peratus daripada 278 kes yang dilaporkan di Kota Kinabalu manakala penjara Tawau mencatatkan 124 atau 85.5 peratus daripada 145 kes keseluruhan di sana,’’ katanya.
Selain itu tambahnya, 99 peratus daripada kes yang dilaporkan hari ini merupakan kes kategori satu dan dua.

18/7: Covid update Its Prison Day, statistics-wise as 50.3% of todays massive caseloads of 666 come from 2 prisons. Kapayan Prison registered 211 (76%) of KKs 278, Tawau Prison 124 (85.5%) of Twus 145. Overall, 449 (67.4%) come from clusters. 99 % of cases in category 1 & 2.

— Masidi Manjun (@MasidiM) July 18, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada Sabtu, Sabah merekodkan peningkatan kes positif COVID-19 secara mendadak dengan melaporkan 647 kes positif.
Ia sekali gus mencatatkan pertambahan sebanyak 321 kes berbanding 326 kes yang dilaporkan pada Jumaat.
BACA: COVID-19: Kluster Penjara Kepayan penyumbang utama kes positif di Sabah
Setakat ini, jumlah kumulatif kes positif di Sabah meningkat kepada 75, 145.
#kes positif di Sabah #COVID-19 di Sabah #kluster aktif di Sabah #kluster penjara kapayan #kes kumulatif di Sabah #kategori kes di Sabah