KEMAMAN: Seramai 700 bekas penyokong serta ahli Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memutuskan untuk keluar parti dan menyertai UMNO.
Borang keahlian baharu itu diserahkan kepada Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sempena majlis perasmian pelancaran jentera BN Terengganu, di Pantai Penunjuk, Kijal, di sini, pada Sabtu.
Menurut Ahmad, perkembangan itu memberikan gambaran bahawa UMNO semakin mendapat kepercayaan untuk kembali menerajui Terengganu.
"Ini merupakan perkembangan yang positif bagi UMNO Terengganu dan situasi ini menggambarkan UMNO mampu menawan kembali hati rakyat Terengganu pada pilihan raya akan datang," katanya.
Sementara itu, bekas penyokong Pas, Hasif Muhammad@Hassan, 34, berkata, penyertaannya dalam UMNO atas kerelaan sendiri.
"Saya masuk UMNO atas kerelaan sendiri kerana banyak isu yang diutarakan tidak mendapat perhatian pemimpin sekarang. Saya juga kecewa selepas pelbagai bantuan yang diminta tidak pernah dapat.
"Saya harap lebih ramai lagi pengundi terutama pengundi muda yang tampil dan memilih UMNO untuk menerajui Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Aug 14 2022
Ahmad (tengah) menerima borang keahlian baharu UMNO pada majlis perasmian pelancaran jentera BN Terengganu, di Pantai Penunjuk, Kijal, di Kemaman, pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
700 bekas ahli Pas, Bersatu masuk UMNO
Borang keahlian baharu itu diserahkan kepada Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.