707 pulang ke tanah air, ini fakta penting hari ke-37 PKPP

Harits Asyraf Hasnan
Julai 18, 2020 05:08 MYT
Hari ke-37 Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menyaksikan sejumlah 707 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air. - Foto NADMA
Hari ke-37 Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menyaksikan sejumlah 707 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air.
Berikut merupakan fakta penting berdasarkan kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
1. PDRM menahan 14 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP, 3 direman dan 11 dijamin.
2. Kesalahan melibatkan aktiviti kehadiran orang ramai dan melanggar SOP.
3. Operasi Benteng: PDRM tahan 9 warganegara asing atas kesalahan imigresen.
4. 707 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dari 11 buah negara.
5. 96 individu dari India diarah jalani kuarantin wajib 14 hari di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT)
#Imigresen #India #ismail sabri yaakob #PDRM #perintah kawalan pergerakan #Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan #PKPP #rakyat Malaysia #SOP