71 pelajar, dua guru di SSP dikesan positif COVID-19 - KJ

Afiezy Azaman
Disember 2, 2021 02:20 MYT
Khairy berkata, KKM akan terus memantau kesihatan pesakit dan memberikan rawatan terbaik kepada mereka yang terlibat. - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Seramai 71 pelajar dan dua orang guru di Sekolah Seri Puteri (SSP) di Cyberjaya dikesan positif COVID-19.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, ujian saringan telah dijalankan terhadap 451 individu termasuk pelajar, guru dan petugas sekolah berkenaan.
"Kesemua pelajar telah dipindahkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.
"Mereka berada dalam kategori 1 dan 2A serta berada dalam keadaan stabil.
"Manakala 242 individu yang merupakan kontak rapat sedang dikuarantin di asrama SSP," katanya melalui ciapan di Twitter, pada Khamis.

Kes2 Positif Sekolah Seri Puteri: Jumlah disaring: 451 (guru: 13, petugas: 1, pelajar: 437) Dikesan positif: 73 (guru: 2, pelajar: 71) Semua guru dan pelajar (kecuali 4) lengkap vaksinasi 65 pelajar dipindah ke MAEPS. Semua kategori 1 & 2A, all stable.

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) December 2, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, KKM akan terus memantau kesihatan pesakit dan memberikan rawatan terbaik kepada mereka yang terlibat.
Pada Rabu, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin mengesahkan 65 pelajar SSP dikesan positif COVID-19 selepas seorang guru disahkan dijangkiti virus itu.
BACA: 65 pelajar SBP Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya disah positif COVID-19
#COVID-19 #Sekolah Seri Puteri #Khairy Jamaluddin #PKRC