KUALA LUMPUR: Sebanyak 89,976 baki tiket perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) masih tersedia bagi menampung permintaan rakyat Malaysia untuk pulang ke kampung halaman sempena perayaan Aidilfitri.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata baki tiket itu melibatkan perkhidmatan tren elektrik (ETS), ETS tambahan (KL Sentral-Padang Besar), KTM Intercity melibatkan Ekspres Rakyat Timuran, Ekspres Selatan dan Shuttle Timuran serta Ekspres Khas Keluarga Malaysia pada 23 April hingga 8 Mei ini.
Beliau berkata bagaimanapun, tren khas Ekspres Keluarga Malaysia dari KL Sentral ke Tumpat, Kelantan telah habis dijual termasuk 180 tempat duduk tambahan.
"Bagi laluan Tumpat-KL Sentral pada 7 Mei 2022 hanya tinggal 246 tempat duduk Superior," katanya pada sidang media selepas menyerahkan pek hari raya kepada penumpang KTMB di Stesen KL Sentral hari ini.
Wee berkata jumlah keseluruhan tiket yang ditawarkan ialah 244,502 dan setakat ini, sebanyak 154,526 telah dijual.
"Ada baki 89,976 tiket dengan keseluruhan peratus yang terjual ialah 63 peratus (bagi semua perkhidmatan KTMB di atas)," katanya.
Wee turut menasihati penumpang untuk merancang perjalanan sebaiknya supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
"Saya merayu kepada mereka yang nak balik ke kampung, kena tiba lebih awal (dari masa kereta api yang ditetapkan) kerana tren ini kita tidak boleh lengahkan untuk sesiapa. Waktunya tepat disebabkan sistem," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 29 2022
Sebanyak 89,976 baki tiket perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) masih tersedia bagi menampung permintaan rakyat Malaysia untuk pulang ke kampung halaman sempena perayaan Aidilfitri. - Gambar fail/BERNAMA
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
89,976 tiket KTMB masih ada untuk pulang beraya
Sebanyak 89,976 baki tiket perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) masih tersedia bagi menampung permintaan rakyat Malaysia untuk pulang ke kampung halaman sempena perayaan Aidilfitri.