KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg amat berharap kepimpinan Kerajaan Persekutuan yang baru sahaja mengambil alih tampuk pemerintahan negara agar terus menghormati hak dan keistimewaan negeri ini.
Beliau juga berharap Kerajaan Persekutuan terus prihatin terhadap keinginan rakyat Sarawak supaya mana-mana hak yang sudah terhakis di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dikembalikan semula kepada negeri ini.
"Para pemimpin kita terdahulu bersetuju menubuhkan Malaysia dengan beberapa syarat dan keistimewaan untuk satu tujuan, iaitu bagi membawa Sarawak ke era yang lebih cemerlang dari segi pembangunan sosioekonomi.
"Saya, seperti anak-anak Sarawak yang lain, juga ingin melihat hak dan keistimewaan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan Perjanjian Malaysia 1963 dihormati oleh Kerajaan Persekutuan dan dikuatkuasakan seperti yang sepatutnya," katanya dalam ucapan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2021 peringkat Negeri Sarawak di sini semalam.
Pada majlis sambutan memperingati Hari Kebangsaan 2021 yang diadakan dalam skala kecil itu, Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan isterinya, Toh Puan Raghad Kurdi Taib, menjadi tetamu kehormat dan majlis itu turut dihadiri menteri-menteri negeri, ketua jabatan dan ketua kaum.
BACA: Pimpinan prakemerdekaan Sarawak buat keputusan sesuai dengan keadaan - Abang Johari
BACA: Sarawak tiada masalah dengan Kabinet baharu - Abang Johari
Abang Johari turut berterima kasih kepada kepimpinan Kerajaan Persekutuan dalam tempoh 17 bulan yang lepas kerana telah menunjukkan keprihatinan kepada impian rakyat Sarawak yang ingin menikmati hasil mahsul negeri mereka sendiri walaupun akur sebahagiannya perlu disumbang kepada pembangunan negara.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri sedang berusaha untuk melaksanakan program pemberian vaksin bagi 289,200 individu berumur dari 12 hingga 17 tahun atau 9.94 peratus daripada penduduk Sarawak, dengan penyeliaan oleh Kementerian Kesihatan dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.
"Kerajaan amat berharap ibu bapa dapat memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk memudahkan dan melicinkan pelaksanaan program ini nanti," katanya.
Abang Johari berkata setakat semalam, program pemberian vaksin di Sarawak sudah mencapai 91 peratus atau 1,879,360 bagi dos pertama daripada 2,066,000 individu yang layak berumur 18 tahun ke atas sudah menerima suntikan.
"Sementara bagi dos kedua seramai 1,821,499 individu atau 88.2 peratus daripada individu 18 tahun ke atas yang layak telah melengkapkan vaksinasi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 31 2021
Abang Johari (kiri), Abdul Taib (tengah) mengibarkan Jalur Gemilang pada sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya, Kuching, malam tadi. --fotoBERNAMA
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Nuzul al-Quran: Elak bertunjangkan Barat, Sarawak corak acuan pembangunan inklusif
Abang Johari menegaskan, apa yang jelas kelihatan saat ini ialah, tamadun dan kebudayaan Barat sedang melalui proses penurunan.
Sebuah lagi Muzium Budaya Borneo akan dibina di Bintulu - Abang Johari
Abang Johari berkata bahagian Bintulu mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang perlu dikongsikan kepada umum.
Sarawak perlu lebih ramai jurutera kimia - Abang Johari
Kepakaran dalam bidang itu amat diperlukan di Sarawak dengan adanya dua cadangan pelaburan petrokimia di Bintulu.
GPS mahu menang semua kerusi PRU15 - Abang Johari
Jika semuanya menepati ramalan, tugas memenangi kesemua kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Sarawak boleh tercapai.
Abang Johari beri penghargaan kepada Jaul Samion
Jaul antara yang terlibat membantu beliau apabila dilantik mengetuai kementerian baharu bagi menggalakkan perindustrian di Sarawak.
Sarawak fokus dua tunjang utama ekonomi, penuhi permintaan 8 bilion populasi dunia
Sarawak akan fokus kepada dua peluang ekonomi paling utama iaitu pembangunan ekonomi hijau dan memantapkan sumber bekalan makanan.
SEDC penting dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui - Abang Johari
Ia selaras dengan agenda negeri ke arah menggalakkan tenaga hijau menjelang 2030.
Jenaka 'restroom, four push two' Abang Jo geletek hati perwakilan PBB
Beliau mengulangi keperluan menguasai Bahasa Inggeris tanpa menjejaskan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Abang Jo beri bayangan Ahmad Johnie dicalonkan semula di Igan
Abang Johari berkata, secara tradisi, kerusi tersebut sememangnya milik parti PBB, yang menerajui gabungan GPS.
Penjawat awam Sarawak bebas guna bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Pendirian ini adalah mengikut Perlembagaan Sarawak yang mana kedua-dua bahasa boleh digunakan dalam urusan rasmi.