Abang Johari pengerusikan mesyuarat tangani COVID-19

Astro Awani
Mac 17, 2020 13:19 MYT
Mesyuarat yang diadakan di Bilik Gerakan Wisma Bapa Malaysia itu dimulakan kira-kira pukul 8 malam ini.
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengadakan mesyuarat tergempar susulan susulan penularan wabak COVID-19.
Mesyuarat yang diadakan di Bilik Gerakan Wisma Bapa Malaysia itu bermula kira-kira pukul 8 malam ini.
Mesyuarat itu turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Mesyuarat tergempar itu dipercayai bagi membincangkan langkah proaktif yang akan diambil kerajaan negeri susulan penularan wabak COVID-19.
Lewat petang Selasa, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dalam satu sidang media mengesahkan dua kematian direkodkan ekoran COVID-19.
Ia merupakan kes ke-178 dari Johor dan kes ke-358 dari Kuching, Sarawak.
"Kes ke-178 merupakan lelaki warga Malaysia berumur 34 tahun yang pernah hadir perhimpunan tabligh di Sri Petaling. Beliau bergejala mulai 5 Mac dan dirawat di Hospital Permai pada 12 Mac selepas positif COVID-19. Keadaan beliau merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disahkan meninggal dunia hari ini.
"Sementara kes ke-358 adalah lelaki warga tempatan 60 berusia mempunyai sejarah kronik. Mula bergejala pada 7 Mac dan dirawat Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac. Kesihatannya mula merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disahkan meninggal dunia pada 17 Mac," kata Dr Adham.
#Abang Johari Tun Openg #COVID-19 #Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg #Dr Adham Baba #Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak #Menteri Kesihatan #Mesyuarat tergempar #Sarawak