Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bersama abangnya Datuk Abdul Latif Abdul Rahim

Kedua-duanya ditahan pada jam 4.30 petang berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram ketika hadir ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

SPRM dalam kenyataan pada Selasa menyebut bahawa penahanan mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

Mereka akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu, 16 Januari 2019, jam 9.00 pagi mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.