KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang menghadapi pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menarik balik pertuduhan tersebut.
Timbalan Pendakwa Raya, Nik Haslinie Hashim berkata, pihaknya masih mengkaji perkara itu.
"Untuk makluman mahkamah juga, berkenaan permohonan (Abdul Azeez) di Mahkamah Rayuan bagi membatalkan pertuduhan tarikh untuk keputusan ditetapkan 1 Julai ini," katanya semasa sebutan kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi.
Peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Abdul Azeez mengesahkan mengenai representasi tersebut.
"Pihak-pihak telah berbincang untuk memohon satu tarikh yang bersesuaian oleh itu kami mencadangkan 30 Ogos untuk sebutan kes," katanya yang mewakili Abdul Azeez bersama peguam Hisyam Teh Poh Teik.
Mahkamah menetapkan 30 Ogos ini untuk sebutan kes itu bagi memaklumkan status perkembangan representasi dan keputusan rayuan tersebut.
Abdul Azeez, 55, menghadapi tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah keseluruhan RM13.9 juta yang didakwa diterima daripada syarikat Menuju Asas Sdn Bhd.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di CIMB Bank, Jalan Tun Perak di sini pada 8 Dis 2010 dan di Affin Bank, Pusat Bandar Puchong, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018, manakala kesalahan pengubahan wang haram dilakukan di kawasan Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.
Pada 12 Mac tahun lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk membatalkan tiga pertuduhan rasuah dan 10 pertuduhan pengubahan wang haram dihadapinya.
Mahkamah Tinggi juga membenarkan permohonan Abdul Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling, untuk menangguhkan perbicaraan kesnya di Mahkamah Sesyen sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Rayuan.
Perbicaraan kes itu bermula pada 19 Ogos 2020 dan tujuh saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan. - BERNAMA
Bernama
Thu Jun 23 2022
Abdul Azeez Abdul Rahim yang menghadapi pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan tersebut. - Gambar fail
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Menteri Pertahanan akan membuat pengumuman berhubung bantuan yang akan diberikan pada Rabu.
Doa dan kenangan buat pejuang
Titipan doa Wartawan Ridauddin Daud buat pejuang negara yang meninggal dunia dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
[TERKINI] Anak menteri besar antara enam direman bersabit kes tuntutan palsu
Anak seorang menteri besar, Pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman bagi bantu siasatan pemalsuan dokumen dan tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
[KOLUMNIS] Kawalan kendiri dapat perkukuh penguatkuasaan undang-undang AI
Tanpa kawalan kendiri, undang-undang mungkin menjadi tidak berkesan termasuklah dalam persoalan impak AI terhadap masyarakat.
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat 10 mangsa selesai - TLDM
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu.
AWANI Ringkas: Suspek kes tembak KLIA didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jamaica secara rasmi iktiraf Palestin sebagai sebuah negara
Jamaica memutuskan untuk mengiktiraf secara rasmi Negara Palestin pada Selasa berikutan perbincangan dalam Kabinet pada hari sebelumnya.
Guan Eng diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Abdul Azeez
Mahkamah Rayuan memerintahkan Lim Guan Eng membayar ganti rugi am RM250,000 kepada Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kerana memfitnah berhubung pembinaan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Mahkamah Rayuan tetap 21 Ogos keputusan saman Abdul Azeez terhadap Guan Eng
Mahkamah Rayuan menetapkan 21 Ogos ini untuk menyampaikan keputusannya dalam rayuan bekas Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung saman fitnahnya terhadap Lim Guan Eng.
Lantikan Azeez Rahim sebagai Pengerusi KEDA diteliti semula - Anwar
Anwar mengesahkan pelantikan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) belum dimuktamadkan.
Azeez Rahim dilantik Pengerusi KEDA baharu - Zahid
Bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).
Kes Najib, Rosmah terus curi tumpuan pada 2022
Ia menyaksikan Najib menjadi bekas Perdana Menteri pertama Malaysia yang terpaksa meringkuk dalam penjara bagi kesalahan jenayah.
Penjelasan Peguam Negara mengenai Azeez Rahim lepas, bebas kes rasuah, pengubahan wang haram
Jabatan Peguam Negara bersetuju untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap Azeez dan tidak membantah terhadap permohonan pelepasan dan pembebasan beliau hari ini.
Abdul Azeez bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez didakwa atas tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram.
Abdul Azeez lepas tanpa bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Representasi yang dikemukakan tertuduh telah dipertimbangkan oleh pihak pendakwaan dan memerlukan siasatan lanjut.
Abdul Azeez kemuka lagi representasi batal tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Abdul Azeez sekali lagi mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Kes rasuah, AMLA: Mahkamah kekal 9 daripada 13 pertuduhan terhadap Abdul Azeez
Mahkamah bagaimanapun bersetuju membatalkan empat pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram ke atas tertuduh.