Biarpun mempunyai jadual yang padat terutama pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, namun Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman hari ini sempat meluangkan masa menaiki bas untuk bersama-sama rakyat Johor yang bekerja di Singapura.
Beliau yang tiba seawal 6.30 pagi di tempat menunggu bas di hadapan sebuah pasar raya di Bukit Indah di sini, turut bersama-sama beratur untuk menaiki bas, bagi merasai pengalaman rakyat negeri ini yang berulang alik menggunakan kenderaan awam bekerja di negara jiran.
Kehadirannya yang bersahaja dengan pakaian santai pada mulanya tidak disedari sehinggalah ada jurukamera mula mengambil gambar beliau, barulah mereka di sekelilingnya menyedari kehadiran pemimpin nombor satu negeri Johor itu.
Masa menunggu bas lebih 10 minit dan menaiki dua bas yang berlainan menuju ke Terminal Bas Jurong East yang memakan masa hampir sejam melalui Link Kedua Malaysia-Singapura Tuas digunakan sepenuhnya oleh Abdul Ghani untuk berbual mesra dengan beberapa orang pengguna yang mulanya bagaikan tidak percaya dengan kehadiran beliau.
Bagi Eunce Chen, 32, yang bekerja di Singapura, beliau agak terperanjat apabil mendapati individu yang duduk di sebelahnya ialah menteri besar Johor.
"Agak mengejutkan saya, tapi beliau seorang yang peramah dan lemah lembut, dan kami berbual tentang keluarga saya di Johor Baharu, " katanya kepada Bernama.
Sementara itu, wartawan penyiaran MediaCorp Chia Shee Ying Regina, 30, yang telah 10 tahun bekerja di Singapura, ketika berkongsi perasaannya menaiki bas dengan menteri besar, berkata beliau mengkagumi sifat yang dimiliki calon kerusi parlimen Gelang Patah itu yang bakal berdepan dengan Penasihat DAP Lim Kit Siang pada PRU Ahad ini.
"Saya merupakan rakyat Johor dan telah 10 tahun bekerja di Singapura, selama ini saya hanya melihat beliau di surat khabar sahaja, dan kesempatan untuk berbual dengannya semasa menaiki bas hari ini amat istimewa kerana saya dapati beliau seorang pemimpin yang ramah dan mudah didekati rakyat," katanya.
Beliau pemegang taraf penduduk tetap Singapura (PR) yang berasal dari Johor Jaya, tetapi masih memegang masih taraf kerakyatan Malaysia kerana yakin suatu hari nanti beliau akan kembali semula ke tanah air untuk berkhidmat.
Sementara itu, Abdul Ghani berkata tujuan program itu yang turut disertai beberapa wakil media ialah untuk beliau berada bersama-sama warga Malaysia yang berulang alik bekerja di Singapura.
"Kami dapati ada lebih 197,000 rakyat Malaysia yang berulang alik setiap hari untuk bekerja di Singapura yang menggunakan kenderaan bas, kereta dan motosikal.
"Saya sendiri tadi berkesempatan berbual dengan beberapa orang rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, yang rata-ratanya menyatakan soal kadar nilai mata wang, merupakan sebab utama mereka bekerja di sana bukannya sebab kekurangan peluang pekerjaan," katanya.
Sebaik tiba di Terminal Bas Jurong East, beliau turun untuk bersarapan.
Secara keseluruhan, katanya, beliau berpuas hati dengan perjalanan pada hari ini termasuk dari segi perkhidmatan bas yang selesa.
Bernama
Thu May 02 2013
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Polis rampas 214 karton minuman keras bernilai lebih RM98,000
Polis merampas 214 karton minuman keras dipercayai tanpa cukai kastam dianggar bernilai lebih RM98,000 dalam dua serbuan di sekitar Gelang Patah, pada Rabu dan Khamis lepas.
Lelaki ditahan bersama lebih 3kg dadah di Gelang Patah
Seorang lelaki tempatan ditahan bersama 3,057 gram (g) dadah jenis ganja bernilai RM9,300 dalam serbuan di Gelang Patah.
Tragedi Deepavali: Kanak-kanak maut, dua parah dalam nahas di Gelang Patah
Mangsa yang tersepit dikeluarkan menggunakan peralatan khas namun kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi kejadian.
Pecah masuk sekolah, 5 remaja ditangkap
Rakaman CCTV mendapati kelima-lima remaja lelaki itu terlibat dalam aktiviti jenayah tersebut.
Wanita ditahan selepas rempuh pintu pagar rumah bekas teman lelaki
Seorang wanita yang bertindak merempuh pintu pagar kediaman bekas teman lelakinya berjaya ditahan pihak polis di Gelang Patah.
15 keluarga terjejas banjir kilat di Gelang Patah, Johor
Sebanyak 15 buah kekuarga terjejas ekoran banjir kilat yang melanda Kampung Baru Muafakat, Gelang Patah, Johor sejak 5 petang tadi.
Lelaki hilang ditemui lemas di tasik
Ahli keluarga mangsa memaklumkan lelaki itu tidak pulang ke rumah dan dipercayai hilang pada Selasa, kira-kira jam 8 malam.
Polis tahan lelaki, rampas 65 kotak mercun
Lelaki berumur 28 tahun itu merupakan pekerja di premis tersebut, ditahan anggota pasukannya pada kira-kira 6.45 petang.
Mayat Orang Asli hilang ditemui terapung
Mangsa ditemui mati dalam keadaan terapung di Sungai Karang, Gelang Patah kira-kira pukul 4 petang tadi.
PAJ diminta sediakan bas buat pejalan kaki RGL dan PCA
Usaha itu diharapkan dapat meringankan beban pejalan kaki yang harus merentasi Tambak Johor berikutan pengangkutan awam sama ada masuk atau keluar melalui tambak itu masih tidak dibenarkan beroperasi.