MARANG: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang akan menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizal Zainal Abidin bagi mempersembahkan calon yang akan diangkat sebagai menteri besar bagi membentuk kerajaan baharu.
Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, majlis angkat sumpah menteri besar akan dilakukan sebaik mendapat perkenan Sultan.
Katanya, proses pembentukan kerajaan negeri termasuk barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dijangka diselesaikan dalam tempoh seminggu.
"Presiden Pas akan mulakan proses untuk mempersembahkan (senarai nama) kepada Tuanku (Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin) dan cadangan yang sepatutnya.
"Namun, tarikh tepat bagi majlis angkat sumpah adalah tertakluk kepada istana dan kita jangka ia dapat diselesaikan dalam tempoh seminggu," katanya ketika ditemui pemberita di Rusila, di sini, malam Sabtu.
Dalam perkembangan sama, katanya barisan Exco yang akan dilantik juga akan distruktur semula termasuk melantik dalam kalangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
"Itu (barisan exco) masih dlm pertimbangan kerana kita kena teliti pelbagai perkara kerana kita sekarang menjadi sebuah parti muafakat politik dalam Perikatan Nasional (PN).
"Sudah tentulah ada pertimbangan dan penambahbaikan dalam portfolio yang perlu diharmonikan... Kita akan ambil masa untuk teliti semula kedudukan portfolio ini," ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang itu.
PRN Terengganu dan PRK Kuala Terengganu yang berlangsung pada Sabtu mencipta sejarah selepas semua calon PN memenangi kesemua 32 kerusi DUN yang ditandingi termasuk satu kerusi Parlimen.
Daripada jumlah itu, sebanyak 27 kerusi ditandingi calon Pas manakala lima lagi kerusi oleh calon Bersatu.
- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Aug 13 2023
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang akan menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizal Zainal Abidin bagi mempersembahkan calon yang akan diangkat sebagai menteri besar bagi membentuk kerajaan baharu. - Gambar fail/BERNAMA
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Abdul Hadi akan persembah calon Menteri Besar Terengganu
Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, majlis angkat sumpah menteri besar akan dilakukan sebaik mendapat perkenan Sultan.
PRN: Khairuddin nafi bakal calon MB Terengganu
Menurutnya, fokus utama beliau pada pilihan raya kali ini adalah untuk membantu calon UMNO dan BN bagi memastikan kemenangan berpihak kepada parti itu.