KUALA LUMPUR: Tindakan yang diambil Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah yang melupuskan keseluruhan pegangan waran dalam Serba Dinamik Holdings Bhd sepatutnya tidak menjejaskan harga saham kumpulan memandangkan ia mewakili entiti yang berbeza.
Namun, tindakan pengasas bersama, pengarah urusan kumpulan dan ketua pegawai eksekutif syarikat penyedia perkhidmatan bersepadu minyak dan gas ini mula menimbulkan persoalan dari segi kepercayaan dan kelestarian kedudukan kewangan syarikat.
Abdul Karim yang sebelum ini turut mengurangkan pegangan sahamnya ekoran jualan paksa, menegaskan tindakannya melupuskan 55.9 juta saham waran dalam minggu 'adalah semata-mata keperluan perniagaan'.
Beliau juga mengulangi komitmennya untuk 'memulihkan semula Serba Dinamik daripada zaman kegelapan'.
"Pelupusan waran ini adalah untuk memanfaatkannya yang mana ia didagangkan pada harga premium dan tidak boleh dianggap bahawa saya mempunyai niat untuk keluar daripada `kapal’ ini memandangkan saya membinanya dengan keringat, air mata dan darah.
"Sudah pasti saya mahu memastikannya dapat terus belayar dalam lautan yang bergelora ini," katanya kepada DagangNews.com.
Beliau juga memberi jaminan akan menyalurkan jualan daripada waran ini untuk memperoleh kembali saham syarikat.
"Di sebalik ketidaktentuan ini, perniagaan berjalan seperti biasa di Serba Dinamik memandangkan nilai kontrak kami kini berjumlah RM18 bilion," katanya lagi.
Sementara itu, Bursa Malaysia telah bertindak menggantung dagangan saham Serba Dinamik pada pukul 2.30 petang Jumaat sehingga diberitahu kelak bertujuan mengekalkan ketenteraman dan pasaran adil ke atas saham tersebut.
Sebelum digantung, saham Serba Dinamik menyusut dua sen atau 5.41% untuk berada di paras 35 sen dengan 105.18 juta saham didagangkan ketika pasaran ditutup 12.30 tengah hari Jumaat.
Waran syarikat itu pula susut 0.5 sen atau 6.67% untuk berada di paras tujuh sen dengan 16.31 juta sekuriti didagangkan.
Pada harga saham 35 sen, Serba Dinamik masih memiliki permodalan pasaran kira-kira RM1.3 bilion berdasarkan saham terbitan syarikat sebanyak 3.71 bilion.
Semua ini didodong oleh pengumuman syarikat mengenai tindakan Abdul Karim Abdul Karim akan melupuskan waran 21.58 juta waran pada 18 Oktober lalu, diikuti 34.2 juta pada 20 Oktober dan 123,600 pada 21 Oktober.
Keseluruhan waran yang dilupuskan ini merangkumi kira-kira 6.34% daripada jumlah waran kumpulan.
Sementara itu, Abdul Karim memiliki pegangan langsung sebanyak 786.38 juta saham atau 21.2% dalam Serba Dinamik setakat 4 Oktober 2021.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Sat Oct 23 2021
Abdul Karim yang sebelum ini turut mengurangkan pegangan sahamnya ekoran jualan paksa, menegaskan tindakannya melupuskan 55.9 juta saham waran dalam minggu 'adalah semata-mata keperluan perniagaan'. -Gambar fail/Astro AWANI
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Bursa tegur, denda MD/CEO Serba Dinamik RM15,000
Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka dan mengenakan denda RM15,000 terhadap Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Serba Dinamik Holdings Bhd Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah.
Serba Dinamik, tiga anak syarikat dapat penggantuangan sementara perintah penggulungan
Hakim menetapkan 6 Mac ini untuk mendengar permohonan penggantungan secara penuh perintah penggulungan dan keputusan pada 9 Mac ini.
Abdul Karim ikrar pulihkan saham Serba Dinamik
Abdul Karim yang sebelum ini turut mengurangkan pegangan sahamnya ekoran jualan paksa, menegaskan tindakannya melupuskan 55.9 juta saham waran dalam minggu 'adalah semata-mata keperluan perniagaan'.
Serba Dinamik sasar 200 megawatt tenaga boleh baharu tahun ini
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusannya Datuk Dr Abdul Karim Abdullah berkata setakat ini projek berkenaan sedang dibangunkan di Sabah, Perak dan Laos.