Veteran UMNO Tan Sri Abu Zahar Ujang berharap tiga sahabat baiknya, Tan Sri Rafidah Aziz, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Dr Rais Yatim memikirkan semula tindakan mereka bersekongkol dengan parti pembangkang, khususnya DAP yang dikatakan sering meracuni pemikiran rakyat.
Melahirkan rasa sebak, Abu Zahar berkata pada pengetahuannya sebagai sahabat lama dalam memperjuangkan UMNO, ketiga-tiga bekas menteri itu tidak sukakan DAP.
"Saya menghormati mereka setiap masa. Tetapi dari segi perjuangan itu saya hanya ingin suarakan pendapat saya mengikut pengalaman yang sama-sama kita telah lalui. Supaya janganlah 'apa' sangat , akhirnya esok kita rugi.
"Saya tidak ada kompromi langsung dengan DAP kerana mereka ini tahu sahaja lah. Kebelakangan ini beberapa pemimpin parti itu terang-terang menghina orang Melayu dan meracuni pemikiran rakyat," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Isnin.
Daim dan Rafidah digugurkan keanggotaan parti berkuat kuasa Jumaat susulan tindakan mereka menyokong pembangkang selain menghentam parti, manakala Rais yang juga Penasihat Sosiobudaya Kerajaan masih disiasat berhubung isu sama sebelum tindakan seterusnya diambil.
Abu Zahar yang juga bekas Yang Dipertua Dewan Negara berkata apa yang disuarakan beliau adalah pandangan peribadinya sebagai rakan lama kepada Rafidah, Daim dan Rais.
"Saya tak nak berbalah. Saya tak nak berdebat. Hanya suarakan perasaan ikhlas saya kerana saya sayangkan mereka semua," kata beliau.
Beliau turut menasihatkan rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan sebarang isu atau dakwaan yang diwujudkan bagi memecah-belahkan rakyat, khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 esok.
"Pandang betul-betul. Jangan emosional. Yang penting masa depan dan keamanan negara. Ekonomi maju hari ini. Pelabur cukup banyak masuk," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 07 2018
Abu Zahar yang juga bekas Yang Dipertua Dewan Negara berkata apa yang disuarakan beliau adalah pandangan peribadinya sebagai rakan lama kepada Rafidah, Daim dan Rais. - Gambar fail
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Azam Baki ada kawalan penuh ke atas akaun dan aktiviti jual beli dagangan - SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia berkata, tindakan Azam tidak melanggar Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA).
PM boleh nasihatkan Agong pecat Azam Baki
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa bertindak lebih proaktif dengan memulakan tindakan memecat atau merehatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
'I have nothing to hide' - Abu Zahar sedia disiasat, serah kedudukan kepada Agong
Abu Zahar berkata, beliau kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan enam ahli LPPR, baru-baru ini.
Sidang akhbar Abu Zahar esok
Sidang akhbar Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang yang dijadualkan berlangsung pada Isnin ditangguhkan pada Selasa (esok).
Badan bebas, PDRM perlu siasat kontroversi Azam Baki - Majlis Presiden PH
PH mendesak supaya Azam serta Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang direhatkan.
Dakwaan terhadap Azam Baki: Pemilikan saham penjawat awam? Ini yang anda perlu tahu
Selain kenyataan Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Tan Sri Azam Baki, berikut antara fakta lain berkait pemerolehan, pindah milik dan urus niaga saham.
Putra pertikai sidang media bersih nama Azam Baki, mahu kerajaan tubuh jawatankuasa bebas
Jawatankuasa bebas ini perlu diberi hak untuk menyelongkar segala maklumat dengan semua pihak dan diberi masa tiga bulan untuk menyediakan laporan siasatan.
SPRM jawab isu Azam Baki Rabu ini
Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata beliau akan memperjelaskan ketidakwajaran yang didakwa berkaitan dengan Azam.
JKMR, LPPR desak siasatan terperinci dakwaan pegawai kanan SPRM terlibat seleweng RM25 juta
Pihak dalam dakwaan itu perlu dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin agar keyakinan rakyat kepada SPRM kekal utuh.
LPPR amal prinsip semak dan imbang, telus banteras rasuah
SPRM ingin melihat perubahan terhadap suasana rasuah dalam negara dan menegaskan supaya pemimpin meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.