ACL: JDT berdepan pasukan Jiansu, Nagoya Grampus dalam saingan kumpulan G

Faris Danial Razi
Januari 27, 2021 10:52 MYT
JDT bagaimanapun perlu menunggu satu lagi pasukan lawan dalam kumpulan itu apabila keputusan undian mengosongkan satu slot untuk perlawanan play-offs. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), satu-satunya pasukan mewakili Malaysia dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) akan bersaing dalam Kumpulan G selepas keputusan penuh undian diumumkan pada Rabu.
Juara bertahan Liga Super itu bakal berdepan dengan pasukan dari China, Jiangsu Suning FC dan kelab bola sepak Jepun, Nagoya Grampus.
Skuad Harimau Selatan yang berjaya mendapat kelulusan Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk bersaing dalam liga tersebut itu akan beraksi April nanti.
JDT bagaimanapun perlu menunggu satu lagi pasukan lawan dalam kumpulan itu apabila keputusan undian mengosongkan satu slot untuk perlawanan play-offs.
Kekosongan slot play-offs itu mungkin diisi oleh juara tiga kali ACL dari pasukan Korea Selatan iaitu Pohang Steelers atau Ratchaburi Mitr Phol dari Thailand.
Sebagai rekod, Jiangsu FC merupakan juara Liga Super China bagi musim 2020 dan Nagoya Grampus berada di tangga kelapan dalam liga J1 musim ini.
BACA: Aidil sasar cemerlang dalam saingan ACL
BACA: JDT akan tandatangi pemain serangan Argentina untuk Liga-M 2021
#JDT #bola sepak #China #Korea Selatan #jiansu #nagoya grampus #ACL #afc