Wujud gerakan yang teratur untuk mewujudkan persepsi Parti Keadilan Rakyat sedang di ambang kemusnahan, selepas Langkah Sheraton dan kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan, dakwa Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, gerakan itu cuba memperlihatkan semakin ramai ahli parti meninggalkan platform itu atas alasan hilang kepercayaan kepada pimpinan kanan dan sebagainya.
Namun, tegas Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, laporan dari peringkat Cabang dan Majlis Pimpinan Negeri yang beliau terima, jelas menunjukkan persepsi itu tidak berasas sama sekali.
“Jika tidak, kita nampak tiap hari ada saja berita negatif. Ada kempen tersusun yang keluar. Yang (dilaporkan) keluar anggota parti sudah cecah 1 juta. Tiap minggu umum keluar 20 jadi 2,000. Ada satu cabang di Kelantan yang ahlinya 4,000 tapi keluar 8,000. Dia bawa ayam, itik, rumah sekali.
“Tapi ini hanya untuk beri persepsi kita dalam keadaan masalah. Tapi saya bersyukur dalam keadaan sekarang, umpamanya cabang ada satu ketua cabang, lari timbalan. Tetapi kekuatan cabang itu sedikitpun tidak terjejas,” katanya lagi.
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Penerangan Keadilan di ibu negara, hari ini.
Beliau berkata, berdasarkan laporan yang diterima, kumpulan individu yang meninggalkan parti itu sudah lama tidak menyertai program anjuran parti secara aktif, dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan tindakan keluar parti kepada media.
Atas sebab itu, Anwar berkata, program penerangan seperti konvensyen itu merupakan wadah yang terbaik untuk menjelaskan kepada akar umbi serta rakyat bahawa PKR masih utuh, dan tidak lari dari agenda reformasi yang diperjuangkan sejak penubuhannya.
Dalam pada itu, beliau berkata, PKR harus terus berpegang kepada matlamat utama mereka iaitu memastikan keadilan untuk semua tanpa mengira kaum, bangsa, dan agama.
"Dalam Keadilan, kita menolak perkauman sempit, dan (kita terangkan) ini adalah mesej agama Islam. Jadi orang Hindu, atau Buddha, atau Kristian yang mempunyai prasangka akan melihat, jangan mereka belajar Islam dari bin Laden atau Taliban.
“Ini soal yang saya tekankan lebih dari biasa, kerana ini akan jadi masalah kita nanti. Kerana di desa ada orang Islam, orang Melayu, tapi kefahaman mereka bahawa (Malaysia) masih negeri Melayu Islam.
"Memang betul ini adalah persekutuan Tanah Melayu. Tetapi bagaimana nak meletakkan semua warganegara mempunyai hak yang sama dan sah. Dan yang lebih penting bagi saya adalah program yang menjamin kehidupan mereka,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Sun Jul 26 2020
ANWAR: PKR harus terus berpegang kepada matlamat utama mereka iaitu memastikan keadilan untuk semua tanpa mengira kaum, bangsa, dan agama.
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Tiada perbincangan wujudkan kerajaan perpaduan, hanya perjumpaan biasa - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.
SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober nanti.
COVID-19: SKM peruntuk insentif pemulihan RM1 juta
Sehingga September, SKM meluluskan bayaran insentif PULIH berjumlah RM525,500 kepada 65 koperasi di negara ini.
PRN Sabah: Isu ekonomi, MA63 dan pembangunan jadi tumpuan
Madeline berkata, negeri-negeri yang kurang membangun juga perlu diberikan perhatian yang lebih.
Pemimpin Arab jadi sasaran alat Israel, AS - MAPIM
MAPIM mengutuk keras sikap pengecut dan bacul pemimpin Bahrain yang sanggup menjual diri kepada Israel dan Amerika dengan mengumumkan perjanjian damai bersama rejim itu.
Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
Hadi Awang serah laporan mengenai Timur Tengah kepada Perdana Menteri
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyerahkan Laporan Eksekutif kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rasuah: Selangor tidak bercadang pindahkan penjawat awam negeri
Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk merombak atau memindahkan penjawat awam termasuk penguat kuasa negeri, sebagai langkah penyelesaian bagi membendung gejala rasuah dalam sektor berkenaan.
Muhyiddin mahu tindakan segera bantu tingkatkan taraf kehidupan penduduk PPR
Lawatan itu, ujar Perdana Menteri, banyak memberi maklumat kepada dirinya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.
#RealLifeHeroes mengangkat semangat Hari Kemanusiaan Sedunia 2020
19 Ogos 2020 merupakan tahun kesebelas kita sama-sama menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia.