KUALA LUMPUR:Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkemungkinan menimbangkan sepenuhnya cadangan yang dikemukakan oleh parti UMNO pada Mesyuarat Muafakat Nasional (MN) yang dijadual berlangsung minggu ini bagi menyelesaikan kemelut politik negara.
Ia termasuk kemungkinan melakukan rombakan Kabinet.
Pandangan itu diutarakan penganalisis politik, Datuk Dr Ahmad Faris Abdul Halim yang percaya, sebagai sebuah parti dengan jumlah kerusi lebih banyak, UMNO pastinya mahukan lebih banyak jawatan dalam Kabinet.
"Kemungkinan terbaik yang saya jangkakan akan berlaku adalah perdana menteri akan menerima 100 cadangan atau kemahuan UMNO dalam menyelesaikan kemelut ini, itu yang terbaik.
"Jadi saya menjangkakan masalah ini dapat diselesaikan dalam minggu ini sama ada membuat rombakan Kabinet atau Tan Sri Muhyiddin dapat menerima cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh kepimpinan UMNO.
"Pada masa yang sama, UMNO juga mestilah bersedia untuk menerima sebarang keputusan perdana menteri kerana kita tidak boleh memaksa seseorang untuk menerima sepenuhnya (cadangan)," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Isnin.
Dua hari lalu, Setiausaha Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa, berkata pemimpin UMNO, Bersatu dan Pas sudah memulakan rundingan mencari penyelesaian, berhubung kerjasama tiga parti itu.
MN akan mengadakan mesyuarat pada minggu ini berkaitan rundingan itu.
Ditanya mengenai calon jawatan timbalan perdana yang paling sesuai sekiranya Muhyiddin bersetuju untuk melakukan rombakan Kabinet dengan syarat beliau kekal sebagai perdana menteri, Ahmad Faris berkata, berdasarkan hierarki politik UMNO, Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah tentu seharusnya layak diangkat bagi mengisi jawatan itu.
Namun demikian katanya, memandangkan kes perbicaraan beliau masih berjalan di mahkamah, maka pilihan kedua yang terbaik adalah timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan dengan melantiknya sebagai Senator.
"Pilihan ketiga, terbaik dan terakhir adalah Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabari Yakaob yang sudah tentu memenuhi semua kriteria termasuk berstatus Ahli Parlimen, maka tidak banyak birokrasi yang akan dilalui.
"Tan Sri Muhyiddin hanya perlu upgrade jawatan beliau supaya menjadi timbalan perdana menteri dan saya rasa pelantikan Ismail Sabri adalah pilihan terbaik," jelasnya lagi.
BACA: Mesyuarat Muafakat Nasional, apa yang boleh dijangkakan?
BACA: Muhyiddin hilang kawalan jika tunduk kepada UMNO - Khalid Samad
BACA: Jelaskan perincian syarat baharu, permintaan Muhyiddin pada UMNO
Umavathi Ramayah
Mon Oct 19 2020
Ahmad Faris Abdul Halim menjangkakan kemelut politik ini dapat diselesaikan dalam minggu ini. - Gambar fail/Ahmad Faris Abdul Halim
[KRONOLOGI] Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
[INFOGRAFIK] Perang Palestin-Israel | Fakta Nombor (Sehingga 19 April 2024)
Berikut adalah info berkenaan dengan perang Palestin-Israel, fakta nombor, sehingga 19 April 2024.
Presiden Iran, Pakistan adakan pertemuan luas kerjasama
Presiden Iran, Ebrahim Raisi mengadakan pertemuan dengan Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari, di kediaman rasmi Presiden di Islamabad dalam lawatan tiga hari beliau ke negara tersebut pada Isnin.
PM Australia gelar Elon Musk jutawan sombong, ingkar arahan kerajaan
Mahkamah Australia telah mengarahkan platform X menyembunyi beberapa hantaran mengulas insiden kes tikam seorang paderi di Sydney sekali gus memburukkan perang mulut antara pemilik platform media sosial Elon Musk dan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese.
Gempa bumi sederhana landa Taiwan
Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Taiwan pada 8.04 pagi ini.
Kerja pemasangan sistem projek ECRL dijangka bermula Mei depan
Kerja-kerja pemasangan di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melibatkan pembinaan sistem elektrifikasi, semboyan dan telekomunikasi bagi pengoperasian kereta api penumpang dan kargo dijangka bermula Mei d
Portal MYStartup dilancar, platform sehenti untuk syarikat pemula
MYStartup Single Window direka untuk memupuk kerjasama, inovasi dan jangkauan global, menawarkan maklumat yang teratur kepada pengasas, pelabur dan bakat teknologi.
Penyiasatan melalui data sistem pemantauan penerbangan
Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Prof Madya MEJAR Dr Mohd Harridon Suffian, berkata usaha mengenalpasti data penting akan ditumpukan oleh pasukan mencari dan menyelamat bagi melengkapkan siasatan berhubung nahas.
Penampilan kelima di Olimpik bukan sekadar melengkapkan penyertaan - Azizulhasni
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bakal menjadi atlet lelaki pertama Malaysia beraksi di lima Sukan Olimpik berturut-turut.
Nahas Helikopter: TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca dua helikopter yang terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, pada 9.32 pagi, Selasa.
Ada rombakan Kabinet? PM dijangka terima cadangan UMNO - Penganalisis
Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mungkin menerima 100 peratus cadangan yang dikemukakan oleh UMNO termasuk melakukan rombakan Kabinet dalam menyelesaikan kemelut politik negara.