KUALA LUMPUR:Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan mempertikaikan tindakan seorang senior UMNO yang tidak menghormati disiplin parti dan tanpa segan silu membuat sidang media bersama pembangkang.
Jelasnya, senior parti tersebut cuba mengelirukan akar umbi mengenai pendirian UMNO.
"Sebagai orang muda dalam parti, sudah tentu saya hormat orang lama. Tetapi saya benar-benar tidak faham apa keperluan seorang Ahli Parlimen UMNO yang senior, berpengaruh dan bertaraf Penasihat - tanpa segan silu buat sidang media bersama pembangkang. Kesannya bukan kecil.
"Kelirukan orang di bawah apa sebenarnya stand UMNO. Beliau juga tidak menghormati disiplin parti yang memutuskan untuk sokong Belanjawan.
"Beliau turut tidak menghormati disiplin parti dengan melaksana sidang media politik bersama pemimpin besar parti lawan," katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Rabu.
BACA: Tun M, Ku Li harap Ahli-ahli Dewan Rakyat tolak Belanjawan 2021
BACA: Belanjawan 2021 lulus: Sokongan ini buktikan PN ambil kira kebajikan rakyat - Muhyiddin
Pada Isnin, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah memohon Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk menolak Bacaan Kali Ketiga Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021.
Dalam satu sidang media bersama, mereka berkata, dengan penolakan Rang Undang-Undang Perbekalan itu, ia boleh diterjemahkan sebagai penolakan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disifatkan lemah, dan tidak mementingkan rakyat.
Shahril turut memberi bayangan apakah reaksi parti jika individu lain yang melakukan perkara sama seperti senior berkenaan.
"Apa reaksi? Atau bayangkan selepas ini ada Ahli Parlimen UMNO atau mana-mana pemimpin UMNO buat gerakan terbuka, panggil media, dengan parti lawan, tanpa izin Presiden atau MKT? Adakah ia tauladan yang baik? Adakah ia menjernihkan keadaan dalam parti? Sudah tentu tidak.
"Semalam, ada seorang lagi ahli politik lain yang komen mengatakan bahawa di Malaysia, orang muda kurang diiktiraf. Bagi saya dalam kes ini, walaupun dua figura yang menganjurkan sidang media tersebut kebetulan orang lama, ini bukan soal iktiraf atau tidak iktiraf generasi muda.
"Sebaliknya, ini soal contoh yang ditunjukkan orang lama kepada orang muda, termasuk dalam UMNO itu sendiri," katanya.
Katanya lagi, soal setuju dan tidak setuju sesuatu dasar atau pendekatan adalah lumrah dalam mana-mana organisasi.
"Boleh suarakan pandangan pada saluran sebetulnya. Jika mahu suarakan terbuka di media sekali-sekala pun barangkali boleh diterima.
"Ahli politik mana yang tak kadangkala sedikit "nakal"? Ahli politik mana yang tidak ada pendirian tertentu? Itu perkara biasa dan mewarnai pentas politik mana-mana negara dan parti.
"Tetapi apabila terang-terang mengumum dan mengajak ke arah sesuatu tindakan dasar tanpa izin parti; bertentangan dengan parti - itu cerita lain. Ini bukan lagi sekadar spekulasi atau cakap-cakap belakang ditambah gula, garam secukup rasa sehingga kesahihan diragui. Ini tindakan politik terbuka di khalayak ramai," jelasnya.
Tagasnya lagi, ia tidak boleh dibiasakan, dibudayakan atau menjadi norma baharu politik UMNO.
"Sebab itu saya suarakan perkara ini - supaya insiden semalam tidak berlalu seolah tiada apa-apa luar kelaziman yang berlaku. Ia mesti dihentikan.
"Dalam pada UMNO hendak merencana langkah seterusnya, disiplin dan keutuhan parti hendaklah dihargai. Ramai yang menegur kami barisan kepimpinan untuk kurangkan kenyataan bercanggah antara satu sama lain.
"Saya menginsafi teguran tersebut. Barangkali Penasihat yang jauh lebih luas pengalaman dan kebijaksanaan beliau berbanding saya juga tidak terlepas dari kekhilafan," ujarnya.
Dewan Rakyat pada Selasa meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021.
Ia berlaku selepas dua percubaan pihak pembangkang untuk memanggil undian belah bahagian di peringkat akhir jawatankuasa dan bacaan ketiga, gagal.
Astro Awani
Wed Dec 16 2020
Shahril turut memberi bayangan apakah reaksi parti jika individu lain yang melakukan perkara sama seperti senior berkenaan. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Muhyiddin peroleh pasport jumpa pakar kanser pankreas di UK
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan anak guamnya memohon untuk mendapatkan pasport bermula hari ini hingga 14 Januari depan.
‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada PRU16.
Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.
Tiada draf kedua MoU peruntukan pembangkang, kalau ikhlas luluskan sahaja - Muhyiddin
Tiada draf memorandum persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang dikemukakan oleh kerajaan setakat ini.
Bicara kes Muhyiddin dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Ia berkaitan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Ogos lepas.
Isu calon PM PN: Wan Saiful jumpa Hashim Jasin
Datuk Wan Saiful Wan Jan mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin di kediamannya di Perlis pada Sabtu.
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
Fitnah: Muhyiddin diperintah bayar Guan Eng RM1.35 juta
Pesuruhjaya Kehakiman membenarkan saman Lim terhadap Muhyiddin setelah mendapati bekas menteri kewangan itu berjaya membuktikan kesnya.
BRICS: Kementerian Luar sentiasa pelihara kepentingan negara
Kementerian Luar akan memastikan kepentingan negara sentiasa terjaga dan terpelihara dalam semua organisasi antarabangsa disertainya termasuk BRICS.
Peguam Muhyiddin mohon pindah kes ke Mahkamah Tinggi
Kes itu membabitkan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri baru-baru ini.