Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan terdapat usaha memburukkan Pakatan Harapan (PH) dalam meratifikasi Statut Rom yang diiktiraf di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) baru-baru ini.
Sambil tidak mendedahkan 'pihak' tertentu itu, beliau berkata, usaha 'pihak' berkenaan seolah-olah memberi gambaran PH mengkhianati negara dengan perjanjian menandatangani Statut Rom.
"Ada usaha untuk memburukkan Pakatan Harapan dengan berkata Pakatan Harapan ini mengkhianati negara kita dengan berjanji menandatangani Statut Rom.
"Sebenarnya saya tidak boleh mengambil kuasa kita dalam negara tetapi kalau kita keterlaluan, kita bunuh orang sana sini, ya... Statut Rom boleh dakwa kita dan ajak kita bekerjasama," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Sabah yang bertempat di Pusat Konversasi ITCC Penampang.
Terdahulu, kerajaan PH mengambil keputusan menarik diri dalam isu Statut Rom selepas timbul terlalu banyak kekeliruan sehingga membatalkan hasrat meratifikasinya pada 4 Mac lalu.
Mengulas lanjut, Mahathir berkata, meskipun sekiranya meratifikasi Statut Rom itu dilakukan, pihak Mahkamah Antarabangsa tidak boleh berbuat sesuka hati memandangkan tertakluk kepada undang-undang negara.
"Mereka tidak boleh buat semuanya, kalau undang-undang di sini, kita ikut peraturan undang-undang iaitu kalau orang yang buat salah, kita mengundangnya ke mahkamah ada perbicaraan secara terbuka.
"Tidak ada sebab kenapa Statut akan ada tindakan daripada pihak yang menandatanginya, " katanya.
Ruzaini Zulkepli
Sat Apr 06 2019
Tun Mahathir dalam sidang medianya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Sabah yang bertempat di Pusat Konversasi ITCC Penampang, Penampang, pada Sabtu. - Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
ICC kumpul lebih banyak bukti dalam 18 bulan terakhir - Ketua Pendakwa
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengumpul lebih banyak bukti dan maklumat dalam 18 bulan terakhir berbanding 20 tahun sejak penubuhannya.
Makin kuat desakan dunia, lagi cepat Netanyahu diheret ke ICC - Syed Ibrahim
Jangan putus harapan dan terus yakin bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pasti akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas dakwaan jenayah perang.
Israel rayu kepada ICC berhubung waran tangkap terhadap Netanyahu
Israel "menafikan kuasa" ICC dan Hague "dan kesahihan waran tangkap" terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Keputusan ICC keluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu tindakan wajar - PM Anwar
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Rakyat Palestin alu-alukan waran tangkap ICC ke atas Netanyahu, Gallant
Menurut Hamas, waran untuk pemimpin Israel "langkah penting ke arah keadilan dan boleh membawa kepada pembebasan mangsa secara umum."
Amerika Syarikat tolak waran tangkap ICC untuk Netanyahu, Gallant - White House
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS, luah kebimbangan Amerika terhadap sikap tergesa-gesa Pendakwa Raya mendapatkan waran tangkap dan kesilapan proses yang membawa kepada keputusan ini.
Duta Palestin ke UK alu-alukan waran tangkap terhadap Netanyahu, gesa akauntabiliti penuh
Duta Husam Zomot menyifatkan waran tangkap itu sebagai langkah ke arah pertanggungjawaban dan keadilan untuk Palestin.