TRAGEDI banjir yang menimpa negara baru-baru ini sememangnya telah membuka mata ramai pihak apabila situasinya amat luar biasa.

Kawasan yang tidak disangka-sangka, akhirnya bertukar ibarat sebuah lautan.

Melihat kepada pemandangan pasca banjir di beberapa lokasi, keadaaan itu sudah pastinya membuatkan hati sesiapa sahaja benar-benar terjentik, apatah lagi mangsa yang mengalaminya.

Apa yang berlaku bukan hanya melibatkan bencana banjir, namun ia memerlukan pemahaman berkaitan proses geologi berantai.



Menyentuh mengenai perihal bencana itu, senarionya agak mustahil untuk dikawal sepenuhnya oleh manusia berhubung kehendak fenomena alam.

Sebaliknya, persiapan yang rapi perlu diberi penekanan agar manusia mampu mengadaptasi kehidupan bersama bencana, berbanding untuk terus berdepan dengan kemusnahan.

Dasar-dasar utama berhubung bencana alam merupakan isu penting yang perlu diangkat pihak kerajaan dalam usaha memastikan tahap risiko yang minimum.

Bagaimanapun, usaha itu kelihatan samar sekiranya persediaan rapi untuk berdepan dengan peristiwa hitam itu gagal dirancang dengan sebaiknya.

Astro AWANI akan menampilkan Program Khas Hidup Bersama Bencana yang bakal merungkai segala persoalan pada jam 8.30 malam ini di saluran 501 dan semua platform digital Astro AWANI.

Hidup Bersama Bencana