Adik-beradik Facebook buat hal lagi, pengguna 'meroyan' di Twitter

Asyraf Roslan
April 14, 2019 11:36 MYT
Apabila semua perkhidmatan tergendala, pengguna mula 'naik angin' di Twitter. - Gambar hiasan
Mungkin sekarang ini ramai yang tertanya-tanya mengapa aplikasi Whatsapp dan Instagram tidak berfungsi.
Pada mulanya mereka mengannggap bahawa ia adalah masalah talian namun sebenarnya Facebook dan adik-beradiknya mengalami gangguan yang sama.
Gangguan kepada aplikasi ini telah mengundang perbualan hangat di Twitter selepas rata-rata pengguna mula panik kerana tidak dapat mengikuti perkembangan terbaru di Facebook, Instagram dan Whatsapp.
Antara masalah yang dihadapi ketiga-tiga pengguna aplikasi ini adalah mereka tidak boleh memuat naik gambar dan mendapatkan pesanan ringkas melalui Whatsapp.
Sebelum ini , Facebook, Whatsapp dan Instagram pernah mengalami gangguan sama akibat daripada masalah teknikal ketika kerja-kerja menaiktaraf bagi kepentingan pengguna yang kini bertambah.
Memandangkan ketiga-tiga aplikasi ini merupakan platform komunikasi utama masyarakat dengan bilangan pengguna terbesar di dunia ketika ini, ramai yang menggunakan aplikasi ini untuk berkomunikasi dan menjalankan perniagaan mereka.
Sementara itu di Twitter, pengguna antarabangsa sudah mula memuat naik pelbagai kata-kata dan imej yang menzahirkan perasaan mereka.

JUST IN: Facebook, Instagram, and WhatsApp are reportedly down worldwide. Everyone is heading to Twitter to find out what's happening. Retweet for awareness! #FacebookDown pic.twitter.com/IAOtyJPvjW

— JOY (@joy__got7) April 14, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

When FB and IG down but you still have twitter oh yeah oh yaeahhh #FacebookDown pic.twitter.com/LSXWlegH7v

— Allaboutthethings (@AATTS59) April 14, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Facebook #Gangguan Perkhidmatan #Instagram #Twitter #WhatsApp