Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yakin wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang mula diagihkan kepada penerima hari ini di seluruh negara dapat diselesaikan akhir bulan ini.
Beliau berkata pemberian kali kedua oleh kerajaan persekutuan itu merupakan komitmen berterusan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang bersungguh-sungguh mahu membantu rakyat khususnya yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan.
"Bantuan ini disampaikan secara berperingkat, semua yang membuat permohonan akan diberi surat jawapan, kita yakin hujung bulan ini semua akan selesai agihkan bantuan. Pada tahun ini telah ditambah satu lagi kategori iaitu individu bujang yang akan dapat RM250.
"Diharap bantuan ini dapat ringankan beban kewangan penerima dan bantuan ini turut membuktikan bahawa kerajaan BN tidak pernah mungkir janji, kita sentiasa mendahulukan rakyat, mahu rakyat dapat hidup dengan selesa, itu telah menjadi dasar pemerintahan kita sejak dahulu lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sebelum itu beliau menyampaikan cek BR1M 2.0 kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan penyelaras kawasan Dewan Undangan Negeri (Kadun) seluruh Pulau Pinang untuk diagih-agihkan kepada penerima BR1M 2.0 di kawasan masing-masing, di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Murni, Sungai Dua.
Katanya di Pulau Pinang, terdapat 416,000 penerima BR1M 2.0 melibatkan peruntukan RM183.6 juta dan daripada jumlah itu, 115,000 orang adalah penerima bagi kategori orang bujang.
"Jumlah penerima BR1M 2.0 meningkat hampir sekali ganda berbanding tahun lepas. Pada 2012 hanya 245,000 orang terima BR1M dan melibatkan perbelanjaan RM122.4 juta," katanya.
Tahun ini, tujuh juta isi rumah dan individu bujang akan memperoleh BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion.
BR1M 2.0 diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Belanjawan 2013.
Sementara itu, Nor Mohamed menegaskan pemberian BR1M 2.0 juga membuktikan bahawa kerajaan BN mempunyai kemampuan dan pengalaman dalam urusan pentadbiran kerajaan dan keuntungan yang diperoleh diagih-agihkan secara adil kepada rakyat.
"Kerajaan sentiasa memikirkan kaedah terbaik untuk membantu hidup rakyat, tidak banyak negara lain yang akan mengambil langkah seperti yang dilakukan oleh kerajaan persekutuan," katanya.
Bernama
Sat Feb 02 2013
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Agihan BR1M 2.0 dijangka selesai akhir Februari
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yakin wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang mula diagihkan kepada penerima dapat diselesaikan bulan ini.
Bayaran BR1M 2.0 bermula Februari ini
RM3 bilion telah diperuntukkan bagi agihan BR1M 2.0 kepada tujuh juta isi rumah dan individu bujang.
Tarikh pendaftaran BR1M 2.0 dilanjutkan
Tarikh akhir pendaftaran Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) 2.0 dilanjutkan sehingga 15 Januari ini yang sepatutnya berakhir pada 31 Disember lepas.
Kerajaan peruntuk RM3b untuk BR1M 2.0
Kerajaan memperuntukkan RM3 bilion bagi BR1M 2.0 mulai Januari 2013.