KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di Malaysia.

Menerusi perkongsian di Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar sambutan itu dilimpahi keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan.

"Semoga perayaan ini diharap membawa keamanan keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua penganut agama Buddha," titah baginda berdua dalam hantaran berkenaan pada Khamis.


Hari Wesak yang disambut hari ini oleh penganut agama Buddha menandakan tiga peristiwa penting dalam kehidupan Gauthama Buddha iaitu memperingati lahirnya pendiri ajaran Buddha mencapai Penerangan Agung pada umur 35 tahun dan kemudian matinya Gautama pada umur 80 tahun.