SEPANG: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berangkat ke Singapura bagi memulakan lawatan negara sehingga Jumaat ini.
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, pada kira-kira jam 9.45 pagi.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin hadir untuk mengucapkan selamat berangkat kepada Seri Paduka berdua.
Turut hadir mengucapkan selamat berangkat kepada Seri Paduka berdua ialah Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah.
Sebelum berangkat, Seri Paduka berdua menerima tabik Hormat Diraja daripada Batalion 1 Rejimen Askar Melayu Diraja dengan diiringi tembakan meriam 21 das dan lagu Negaraku.
Keberangkatan Seri Paduka berdua akan diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Isham Ishak dan pegawai daripada Istana Negara, Jabatan Perdana Menteri serta Kementerian Luar.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan berkata lawatan negara itu dijadualkan berlangsung pada September lepas tetapi ditangguhkan susulan lawatan khas Seri Paduka berdua ke London, United Kingdom pada 16 hingga 21 Sept lepas bagi menghadiri Istiadat Pemakaman Negara Ratu Elizabeth Il.
Esok Seri Paduka berdua dijadual menerima menghadap Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Long dan isteri di Shangri-La Hotel Singapura, disusuli dengan majlis santapan tengah hari.
"Pertemuan ini merupakan kali kedua antara kedua-dua pemimpin dengan pertemuan kali pertama ketika Seri Paduka berangkat menyaksikan Formula 1 Singapore Grand Prix 2022 pada 2 Okt 2022, atas persilaan rasmi Lee.
"Pada 5 petang hari yang sama, Seri Paduka berdua dijadual berangkat ke Majlis Sambutan Negara di The Istana, Orchard Road," katanya.
Ahmad Fadil berkata Seri Paduka berdua turut dijadualkan melakukan pertemuan dengan Presiden Singapura Halimah Yacob, disusuli dengan Majlis Santapan Negara.
"Pertemuan ini juga merupakan yang kedua antara kedua-dua pemimpin. Pada 18 Sept 2022, Seri Paduka berkenan menerima menghadap Halimah di London, United Kingdom.
"Pada ketika itu, kedua-dua pemimpin berada di London, bagi menghadiri Istiadat Pemakaman Negara mendiang Baginda Ratu Elizabeth Il," katanya.
Pada Khamis (27 Okt), Al-Sultan Abdullah dijadual berangkat melawat loji NEWater, disusuli dengan lawatan ke Kem Latihan Komando di Pasir Ris manakala Raja Permaisuri Agong dijadual melawat, antaranya National Library dan National Museum of Singapore.
"Pada sebelah malam hari yang sama, Seri Paduka berdua dijadual berangkat ke majlis santapan malam dan pertemuan dengan diaspora Malaysia di Singapura.
"Seri Paduka berdua dijadual mengakhiri Lawatan Negara ini dan berangkat pulang ke tanah air pada 28 Okt (Jumaat)," katanya.
Ahmad Fadil berkata lawatan negara itu mencerminkan hubungan dua hala yang rapat dan istimewa di antara Malaysia dan Singapura bermula sejak 57 tahun lepas.
Dari segi dagangan dua hala, dari Januari hingga Ogos 2022, jumlah dagangan Malaysia dengan Singapura ialah sebanyak AS$55.77 bilion, iaitu 12.9 peratus daripada jumlah keseluruhan dagangan Malaysia, menjadikan Singapura sebagai rakan dagangan kedua terbesar Malaysia selepas China.
Singapura merupakan destinasi kedua terbesar eksport Malaysia selepas China dengan nilai AS$34.51 bilion. Singapura juga sumber kedua terbesar import Malaysia selepas China dengan nilai AS$21.26 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 25 2022
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Singapura hari ini. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Dr Zaliha nafi buat kenyataan media berhubung titah adendum pengampunan Najib
Katanya, kenyataan media yang tular itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan olehnya.
Tahanan rumah: Najib mohon masukkan bukti baharu
Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Mahkamah Rayuan bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan untuk memasukkan bukti baharu berhubung kewujudan titah adendum.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Hentikan serta-merta budaya dera di UPNM - Sultan Ibrahim
Jika penderaan terus berlaku, Sultan Ibrahim enggan nama baginda dikaitkan dengan universiti itu lagi selain Panglima dan komandan mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan.
Agong berkenan terima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao di Istana Negara.
Agong doakan keselamatan mangsa banjir
Yang di-Pertuan Agong menitipkan doa agar semua mangsa banjir yang terjejas di tujuh negeri diberikan perlindungan, ketabahan serta kesabaran oleh Allah SWT.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.