KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menyeru agensi kerajaan yang berkaitan supaya tidak leka dan lebih proaktif melaksanakan tanggungjawab menyelamatkan mangsa banjir.
Seri Paduka Baginda bertitah ini termasuklah dalam menyampaikan bantuan kepada mangsa terperangkap termasuk mereka yang berada di pedalaman.
Menerusi catatan dimuat naik di laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda turut mengulangi titah baginda supaya ujian saringan COVID-19 dilakukan terhadap mangsa banjir di semua pusat pemindahan sementara (PPS) bagi memastikan tiada kluster baharu.
Al-Sultan Abdullah turut mengingatkan semua pihak yang berada di PPS supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM).
"Seri Paduka Baginda turut menzahirkan simpati kepada mangsa banjir dan menasihati rakyat agar mematuhi semua arahan dan perintah yang dikeluarkan kerajaan demi keselamatan diri dan keluarga tersayang," menurut catatan itu.
BACA SEMUA BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI
Seri Paduka Baginda turut mengajak semua rakyat untuk bersama-sama mendoakan agar situasi banjir dan cuaca buruk yang berlaku di negara ini tidak berlarutan dan segera berakhir.
Catatan itu turut menyatakan Al-Sultan Abdullah menzahirkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua jabatan dan agensi kerajaan yang membantu menguruskan mangsa banjir.
Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan mencemar duli berangkat melawat mangsa banjir yang ditempatkan di lima PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Sungai, Pusat Kegiatan Wanita Batu Malim, Dewan Kampung Sega Lama, SK Muhammad Jabar, Dong dan Balairaya Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong di Raub, Pahang.
Dalam lawatan itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan meluangkan masa hampir tiga jam menyantuni dan beramah mesra bersama mangsa banjir di lima PPS tersebut selain berkenan mengurniakan sumbangan buat 277 keluarga di kesemua PPS tersebut dan berharap ia dapat mengurangkan beban yang ditanggung mangsa akibat musibah banjir.
"Keberangkatan Seri Paduka Baginda mencemar duli adalah cerminan keperibadian tinggi dan kasih kepada rakyat tanpa mengira masa, tempat dan cuaca," menurut catatan itu.
Turut berangkat Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda di PPS pertama iaitu di SK Ulu Sungai pada 12 tengah hari, disambut Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 21 2021
Seri Paduka Baginda turut mengajak semua rakyat untuk bersama-sama mendoakan agar situasi banjir dan cuaca buruk yang berlaku di negara ini tidak berlarutan dan segera berakhir. - Gambar/ Facebook Istana Negara
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir: Kerajaan Selangor teliti pelaksanaan terowong SMART - MB
Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik sebarang cadangan sebagai langkah mengatasi bencana alam itu.
Kerajaan Selangor belum putus ambil tindakan kes penipuan permohonan banjir - MB
Pihaknya telah mengeluarkan nama-nama pemohon selepas mengesan berlaku pertindihan dalam proses permohonan.
Lanjutan moratorium akan dikemuka pada bank - Tengku Zafrul
Cadangan pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir hujung bulan ini akan dikemukakan kepada institusi perbankan.
Banjir: Khalid Samad nafi 'hilang dari radar'
Pada 18 Disember, beliau berada di Shah Alam bagi menguruskan seorang bapa yang kehilangan sembilan ahli keluarga akibat nahas jalan raya.
Mesyuarat Khas Parlimen: Paksa syarikat balak bayar ganti rugi akibat banjir - Anwar
Ia termasuk memaksa syarikat terlibat membayar ganti rugi kepada mangsa yang mengalami kerosakan harta benda dan kerugian.
Mesyuarat Khas Parlimen: 'Rakyat mati, rumah hanyut... kita pilih pergi umrah' - Anwar
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata ada yang memilih untuk melaksanakan umrah berbanding mengutamakan nyawa rakyat.
Tidak boleh beri laluan mudah pengeluaran KWSP, tapi tambah peruntukan - Anwar
Cadangan Anwar pertimbang bantuan tambahan sekurang-kurangnya RM5,000 atau maksimum RM10,000 lagi kepada individu yang terkesan.
Impak banjir: Keluaran ekonomi dianggar berkurang antara RM4 bilion - RM8 bilion
Unjuran pertumbuhan KDNK negara kekal antara tiga hingga empat peratus.
Tiga cabaran utama perlu ditambah baik segera bagi pengurusan bencana - PM
Pengurusan bencana negara sangat bergantung kepada maklumat dinamik yang tepat dan cepat dari lapangan.
Lebih RM125.5 juta BWI diagihkan setakat semalam - PM
Peruntukan itu bagi tujuan pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah.