Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan supaya sentiasa mengutamakan perjuangan bermatlamatkan parti, bukannya untuk manfaat diri sendiri.
Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sekiranya 'masalah' sedemikian berterusan wujud dalam parti, amatlah diyakini ia mampu membuatkan parti kalah pada pilihan raya akan datang.
"Ini adalah masalah kalau kita fikir bahawa parti (politik) beri kita peluang untuk capai matlamat diri. Saya yakin, jangan kata diri kita dapat kemenangan, (tetapi) parti juga akan kalah.
"Sebab itu, apabila kita sertai parti politik, harus diingat perjuangannya adalah perjuangan parti, bukan untuk diri sendiri," kata perdana menteri semasa berucap pada Majlis Makan Malam Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu di sini, pada Isnin malam.
Turut hadir pada majlis berkenaan adalah isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Dalam Negeri, Timbalan Presiden Bersatu yang juga Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta Ketua Angkatan Armada yang juga Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Menyifatkan Armada sebagai sayap penting dalam parti, Dr Mahathir berkata peranannya dan juga sayap Sri Kandi dilihat lebih aktif daripada golongan dewasa yang disifatkan lebih 'tertarik' dengan nasib mereka dalam parti.
Katanya, ini kerana golongan dewasa dalam sesebuah parti yang dilihat tidak begitu ramai menyebabkan mereka takut sekiranya dicabar.
"Golongan dewasa mungkin (sudah) tidak dapat berfikir secara ideal dan baik untuk bangsa, negara dan agama. Mereka berpendapat, satu cara untuk kekalkan nasib (dalam parti) adalah supaya tiada cabaran daripada mana-mana pihak.
"(Disebabkan itu) Jika kita berjuang untuk parti, kita akan merasa nikmatnya. Semasa dalam parti, kita seharusnya mengikis sikap pentingkan diri sendiri," katanya.
Dr Mahathir turut berpesan kepada Armada supaya bekerja kuat dan bersungguh-sungguh supaya lebih ramai golongan muda akan menyertai parti berkenaan.
Ini kerana katanya, semua ahli harus melihat kekalahan parti dalam dua pilihan raya kecil baru-baru ini disifatkan ekoran kekurangan 'pekerja'.
Pada majlis itu juga, Syed Saddiq mengumumkan dana sebanyak RM5.12 juta dapat dikumpulkan untuk dimanfaatkan bagi menjalankan pelbagai aktiviti sayap itu bagi menyantuni masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 02 2019
MAHATHIR: Apabila kita sertai parti politik, harus diingat perjuangannya adalah perjuangan parti, bukan untuk diri sendiri.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.
Armada Bersatu umum lantikan baharu pimpinan
Armada Bersatu mengumumkan lantikan baharu kepimpinan sempena Perhimpunan Agung Tahunan Armada Bersatu 2024 di Pusat Konvensyen IDCC.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.
PN nafi pujuk BN bentuk kerajaan baharu
Ronald Kiandee berkata, PN menolak dakwaan bahawa gabungan itu mempunyai kaitan dalam usaha memujuk BN keluar daripada Kerajaan Perpaduan.
Radzi, Ronald Kiandee, Ahmad Faizal menang jawatan Naib Presiden Bersatu
Datuk Dr Radzi Jidin, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memenangi jawatan Naib Presiden Bersatu bagi penggal 2024-2027.
Roslan Hassan umum keluar Bersatu serta-merta, lepas jawatan dalam parti
Roslan juga memaklumkan melepaskan jawatan yang disandangnya termasuk sebagai Bendahari Perikatan Nasional Negeri Pahang.
Pemilihan Bersatu: Muhyiddin, Hamzah menang tanpa bertanding
Muhyiddin kekal Presiden Bersatu manakala Hamzah mengisi jawatan Timbalan Presiden, selepas masing-masing menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi 2024-2027.
'Beri kami masa, Bersatu akan bangkit' - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal berkata beliau optimis bahawa kepimpinan sedia ada akan mampu menangani cabaran tersebut.
Wan Fayhsal panik, cuba salahkan pihak luar - Fahmi
Kenyataan Wan Ahmad Fayhsal yang mendakwa media rasmi PKR, Suara Keadilan, menyunting klip video ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah reaksi 'panik'.
PRK Nenggiri: Bersatu akui sukar pilih calon bertanding
Mohd Radzi berkata, setiap keputusan dilakukan dengan penuh cemerlang kerana Bersatu tidak mahu sejarah berulang kembali.