KUALA LUMPUR: Pelantikan semula Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebagai Menteri Kewangan memberi impak positif bagi pasaran modal, perniagaan dan rakyat secara umumnya kerana ia memupuk keyakinan terhadap kesinambungan dasar negara.
Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, dengan bekas jurubank itu kekal dalam Kabinet kerajaan, akan ada kesinambungan dasar dan kejelasan tentang hala tuju dasar fiskal negara.
"Ini bermakna pendirian kerajaan terhadap dasar fiskal semasa dijangka berkembang kerana ekonomi negara ketika ini masih terjejas akibat daripada pandemik COVID-19," katanya kepada Bernama.
Semasa tempoh perkhidmatannya, Tengku Zafrul juga dilantik sebagai Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi memantau pelaksanaan strategi dan langkah-langkah bantuan serta mengambil langkah proaktif dalam menangani krisis ekonomi dan kesihatan yang disebabkan oleh COVID-19.
Beliau juga bertanggungjawab bagi Agensi Pelaksanaan Ekonomi Dan Koordinasi Strategik Nasional (LAKSANA).
Mohd Afzanizam berkata, pelantikan semula itu penting terutamanya ketika negara masih sedang bergelut dengan pandemik tersebut sejak tahun lepas.
"Langkah sewajarnya terutamanya bagi pakej rangsangan yang sesuai dianggap sebagai amat penting bagi memastikan ekonomi Malaysia mampu pulih dengan pantas," katanya.
Mengulas mengenai portfolio lain, beliau berkata, pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Kesihatan juga adalah satu pilihan baik berikutan rekod prestasi cemerlang Khairy semasa menerajui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) terutamanya berkaitan program vaksinasi.
[LAPOR LANGSUNG] Ini senarai anggota Kabinet Ismail Sabri
BACA: Ucapan penuh Ismail Sabri: Pembentukan Kabinet baharu
Sementara itu, Pensyarah Kanan Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub yang sependapat dengan Mohd Afzanizam berkata, pelantikan semula Tengku Zafrul sebagai Menteri Kewangan adalah isyarat jelas bahawa beliau telah memperlihatkan prestasi yang cemerlang sebelum ini dan wajar dikekalkan bagi meneruskan proses pemulihan ekonomi yang telah dirancang oleh kerajaan.
"Pelantikan Khairy sebagai Menteri Kesihatan juga adalah tepat dan kena pada calonnya.
"Saya menilai rakyat menyambut baik pelantikan ini ketika kita memerlukan seorang tenaga muda berkaliber yang mampu mengendalikan pandemik COVID-19 di negara kita tanpa menghiraukan 'permainan politik' demi memastikan kesihatan dan keselamatan hidup rakyat terus terjamin," katanya.
Tiada tempoh 'bulan madu' kepada Jemaah menteri
Mohammad Tawfik juga berpandangan bahawa tiada tempoh bulan madu kepada jemaah menteri kerana mereka berdepan dengan cabaran dan halangan getir dalam aspek kesihatan, ekonomi dan politik.
"Jemaah menteri wajib memulihkan keyakinan rakyat dengan kadar segera menerusi strategi baharu yang luar biasa bagi menangani pandemik COVID-19 dan ekonomi.
"Inilah sebenarnya formula penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan pemulihan utama yang perlu diberi perhatian serta merta oleh kerajaan.
"Bagi saya, kabinet ini perlu diberi peluang untuk membuktikan mereka mampu melaksanakan tugas lebih drastik dan agresif," katanya.
BACA: Kabinet Ismail Sabri sepintas lalu, tiada Timbalan Perdana Menteri
BACA: Hishammuddin kembali jadi Menteri Pertahanan dalam kerajaan berbeza
Ismail Sabri umum barisan Kabinet baharu
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan barisan Kabinet baharunya.
Kabinet ini dibentuk selepas bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menerajui kerajaan Perikatan Nasional meletakkan jawatan pada 16 Ogos lepas yang membawa kepada pelantikan Perdana Menteri baharu.
Selain Tengku Zafrul, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut kekal sebagai Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, manakala Datuk Seri Mustapa Mohamed kekal sebagai Menteri di Jabatan Perdagangan Menteri (Ekonomi).
Sementara itu, bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin telah dilantik sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi menggantikan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, manakala Tan Sri Noh Omar dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menggantikan Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar. - BERNAMA
Bernama
Fri Aug 27 2021
Pelantikan semula Tengku Zafrul Abdul Aziz menyaksikan kesinambungan dasar dan kejelasan tentang hala tuju dasar fiskal negara, kata Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia, Mohd Afzanizam Abdul Rashid. - Gambar fail
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
[TERKINI] Penangguhan pelayaran, taktik Israel gagalakan misi - FCC
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalitin (FFC), Dr Fauziah Hasan sifatkan penangguhan misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas di Gaza merupakan satu taktik biasa yang dilakukan rejim Israel.
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Kerjasama TNB, Siemens Energy pemangkin teroka teknologi guna hidrogen hijau - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul juga menyifatkan langkah itu selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR).
MC13 WTO: Malaysia kekal komited kepada rangkaian perdagangan global yang lebih saksama, mampan
Malaysia kekal komited kepada rangkaian perdagangan global yang lebih saksama dan mampan.
Dua misi ke Jepun bawa pulang hampir RM30 bilion - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata kedua-dua misi ke negara matahari terbit itu telah memperoleh potensi pelaburan berjumlah RM29.6 bilion dan RM2.8 bilion potensi eksport tahun ini.
Prestasi pelaburan Malaysia lebih baik - Tengku Zafrul
Bagi 2024, MITI sasar peningkatan pelaburan 5%, dengan menyasarkan destinasi pelaburan eksport baharu seperti Afrika dan Amerika Selatan.
Kerajaan umum cara mohon rebat RM2,400 bagi motosikal elektrik 8 Dis ini
Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik memberikan rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli motosikal elektrik.
Kadar pelaburan direalisasikan cecah hampir 80 peratus - Tengku Zafrul
Bagi tempoh sama, jumlah pelaburan diluluskan bernilai RM753.9 bilion bagi sektor perkilangan dan perkhidmatan di bawah seliaan MIDA.
Tengku Zafrul teruja bakal terajui BAM
Tengku Zafrul berasa rendah diri diberi kepercayaan untuk menerajui Persatuan Badminton Malaysia sebagai presiden baharu mulai awal tahun depan.
MITI akan tubuh jawatankuasa percepat pelaksanaan komitmen FDI, DDI
Tengku Zafrul berkata, JTPPP akan melapor secara terus kepada Majlis Pelaburan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri.
MITI optimis capai sasaran RM63 bilion eksport halal menjelang 2025 - Tengku Zafrul
MITI kekal optimis dalam mencapai sasaran eksport halal Malaysia sebanyak RM63 bilion menjelang 2025 berdasarkan pencapaian memberangsangkan berjumlah RM60 bilion tahun lepas.
NIMP 2030 laluan kepada peningkatan selanjutnya perindustrian Malaysia - Tengku Zafrul
Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) menyasarkan untuk membentuk sektor pembuatan yang kukuh dan berdaya tahan, menawarkan manfaat menyeluruh kepada pelbagai pihak berkepentingan.