KUALA LUMPUR: Setiap ahli parlimen perlu mengamalkan sikap berhemah selain memaksimumkan segala sumber yang ada untuk menyantuni keperluan rakyat di kawasan masing-masing di sebalik pengurangan peruntukan kerajaan kepada mereka.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata antaranya ahli parlimen boleh berusaha mendapatkan bantuan menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) daripada rakan-rakan korporat mereka.
"Dalam keadaan ekonomi dan kekangan kewangan yang ada ini, setiap ahli parlimen perlu mengambil tanggungjawab supaya dapat menyantuni warga setempat di kawasan mereka.
"Apa yang penting pastikan kebajikan rakyat itu sentiasa terbela," katanya kepada pemberita selepas menghadiri konsert Muzika Ekstravaganza di Angkasapuri, di sini semalam, yang turut dihadiri Menteri Perhubungan dan Penerangan Singapura Josephine Teo.
Pada Jumaat, media melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan mengesahkan terdapat pengurangan peruntukan pembangunan Ahli Parlimen daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta yang bertujuan untuk mengawal kewangan negara dan akan dilaksanakan secara berperingkat.
Fahmi menyifatkan langkah pengurangan itu bertepatan dengan situasi ekonomi ketika ini selain memperlihat kebijakan Perdana Menteri dalam menangani kekangan kewangan yang ada.
Bagaimanapun menurutnya beliau percaya Perdana Menteri akan menilai semula perkara berkaitan pengurangan peruntukan kepada ahli parlimen itu apabila tiba masa yang sesuai.
Sementara itu ditanya mengenai harapan kementeriannya dalam pembentangan semula Belanjawan 2023 pada 24 Feb ini Fahmi berkata, pihaknya sudah mengajukan beberapa cadangan tambahan dan perubahan yang ingin dilakukan.
"Apa pun kita ambil maklum keadaan ekonomi sekarang terutama daripada segi keadaan kewangan, dan bebanan hutang kerajaan, maka program-program yang akan kita atur ini kita harap dapat memberi impak yang tinggi terutama untuk membantu menjana ekonomi negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2023
Fahmi ketika bercakap kepada media selepas menghadiri Muzika Ekstravaganza-Duo Hits di Angkasapuri, Kuala Lumpur, pada Sabtu. --fotoBERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Ahli Parlimen disaran guna peruntukan bantu pertingkat jalur lebar di sekolah
Ahli Parlimen yang menerima peruntukan daripada kerajaan Persekutuan dicadang untuk menggunakannya bagi membantu mempertingkat perkhidmatan jalur lebar di sekolah.
92 Ahli Parlimen India digantung tugas
Seramai 33 anggota Dewan Rakyat dan 45 anggota Dewan Negara digantung tugas pada Isnin manakala 14 lagi telah digantung tugas minggu lalu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 November 2023.
Kerajaan Itali mahu haramkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Kerajaan Itali berhasrat untuk mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi.
PM Anwar tegur sikap Ahli Parlimen, minta jaga tatasusila
Jangan biarkan rakyat ketawa melihat seluruh Dewan ini seperti sarkas, pesan Perdana Menteri.
PRU15: Tun M setuju tindakan isytihar harta, tapi bukan musim pilihan raya semata-mata
Dr Mahathir berkata, perkara itu perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu bagi mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar harta masing-masing.
Tidak sampai satu jam, Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah Ahli Parlimen
Beberapa perkataan yang agak panas seperti "letak jawatan" dan "derhaka" turut dikeluarkan sepanjang sejam mesyuarat itu berlangsung.
Parti atau pengundi
Sebarang kesilapan di dalam pemilihan calon dalam pilihan raya boleh membawa kesan yang harus ditanggung oleh setiap rakyat di negara ini.
Tiada asas ugut Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021 - Tun M
Tun Dr Mahathir berkata Tengku Zafrul dan pemimpin kerajaan lain amat tidak bertanggungjawab dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.
Peruntukan untuk pembangkang ditarik balik, mana keadilannya? - Syed Saddiq
Persoalan itu dilontarkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.