RAUB: Seorang ahli perniagaan wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu atas lima tuduhan terbabit dengan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM2,042,628.84.
Tertuduh, Norida Syakira Agus Hadi, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya.
Bagi pertuduhan pertama, antara 16 Mei 2021 dan 10 Jun 2021 di Maybank Islamic Berhad Cawangan Kuala Lipis, tertuduh telah menggunakan wang berjumlah RM1,317, 658.84 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram daripada akaun semasa Maybank Islamic Berhad milik syarikat tertuduh, DSS Berkat Enterprise bagi tujuan pembelian perniagaan Sushi Go milik Chang Yi Hern.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh pada 8 Januari 2021 dan 20 Jun 2021 di Maybank Islamic Berhad Cawangan Kuala Lipis telah memindahkan wang berjumlah RM242, 770 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram daripada akaun semasa Maybank Islamic Berhad milik Syarikat DSS Berkat Enterprise kepada akaun Islamic Berhad milik Mohamad Hanif Omar.
Pertuduhan ke tiga pula, tertuduh pada 11 Januari 2021 dan 1 Jun 2021 di Maybank Islamic Berhad Cawangan Kuala Lipis telah memindahkan wang berjumlah RM369, 700 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram daripada akaun semasa Maybank Islamic Berhad milik syarikat DSS Berkat Enterprise kepada akaun CIMB Islamic Bank Berhad milik syarikat sama.
Manakala bagi pertuduhan keempat, tertuduh pada 31 Januari 2021 hingga 20 Jun 2021 di Maybank Islamic Berhad Cawangan Kuala Lipis telah memindahkan wang berjumlah RM32, 500 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram daripada akaun semasa Maybank Islamic Berhad milik syarikat DSS Berkat Enterprise kepada akaun CIMB Islamic Bank Berhad milik tertuduh.
Bagi pertuduhan kelima, tertuduh pada 17 Mei 2021 di Maybank Islamic Berhad Cawangan Kuala Lipis telah melupuskan wang berjumlah RM80, 000 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram daripada akaun semasa Maybank Islamic Berhad milik syarikat DSS Berkat Enterprise melalui sekeping cek.
Bagi semua pertuduhan, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah subseksyen 4(1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2021 (Akta 613) yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4 (1) akta sama yang membawa hukuman tidak melebihi 15 tahun dan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan pada masa kesalahan dilakukan atau RM5 juta yang mana lebih tinggi.
Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya, Rohaiza Zainal meminta ikat jamin sebanyak RM500,000 dengan dua orang penjamin bagi kesemua pertuduhan.
Bagaimanapun peguam mewakili tertuduh, M Manoharan meminta wang jaminan dikurangkan atas alasan tertuduh bersama suami telah hilang punca pendapatan selain turut memiliki dua anak kecil.
Ahmad Faizadh kemudiannya menetapkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan meletakkan syarat tambahan, tertuduh perlu melaporkan diri ke balai polis berhampiran setiap bulan selain membenarkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Tertuduh dilihat menangis selepas selesai perbicaraan sebelum diikat jamin oleh suaminya yang turut hadir di mahkamah.
Norfarhiza Mohd Atar
Wed Aug 17 2022
Tertuduh dibawa keluar daripada Mahkamah Sesyen Raub selepas dituduh terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram lebih RM2 juta. - Astro AWANI
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen
Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah pada Khamis.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Mahkamah Rayuan tetapkan 20 Ogos untuk dengar rayuan Najib gugurkan hakim
Tarikh itu ditetapkan hari ini susulan pengurusan kes di hadapan penolong kanan pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof.
Perbicaraan kes 1MDB terpaksa ditangguh selepas Najib disahkan alami cirit-birit
Dr Mohd Hafiz berkata ubat-ubatan yang diberikan mungkin menyebabkan rasa mengantuk dan Najib perlu berehat sekurang-kurangnya dua hari.
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan.
Pengurusan kes rayuan Syed Saddiq ditetapkan 14 Mei
Peguam Syed Saddiq, Datuk Hisyam Teh Poh Teik ketika dihubungi mengesahkan penetapan tarikh pengurusan kes tersebut.
Empat lagi penjawat awam ditahan kes rasuah sindiket penyeludupan di sempadan negara
Lagi penjawat awam ditahan kerana disyaki terbabit rasuah sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan arak melalui pintu sempadan negara.
4 penjawat awam direman, terima rasuah RM5 juta daripada sindiket penyeludupan
Empat penjawat awam ditahan reman empat hari kerana disyaki menerima rasuah lebih RM5 juta daripada sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan arak.
497 entiti disenaraikan di bawah senarai amaran pengguna kewangan BNM
Kerjasama dengan pihak berkuasa asing turut dijalankan bagi analisis jejakan kewangan atau siasatan ke atas sebarang jenayah penipuan dan skim kewangan haram yang dilakukan dalam negara mereka.
Saksi tidak sebut nama Guan Eng dalam siasatan kes rasuah terowong dasar laut pada 2018
Seorang saksi utama pendakwaan mengakui bahawa beliau tidak pernah memberitahu SPRM pada 2018 bahawa rasuah RM2 juta ditujukan untuk bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Kelulusan Najib diperlukan sebelum sebarang langkah dibuat dalam operasi 1MDB - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu mahkamah kelulusan Datuk Seri Najib Tun Razak diperlukan sebelum sebarang langkah dibuat dalam operasi 1MDB.
Bekas pengurus PHB dituduh pindah RM40,000 hasil aktiviti haram
Seorang bekas pengurus Bahagian Pengurusan Harta Syarikat PHB didakwa memindahkan RM40,000 hasil aktiviti wang haram.