GEORGE TOWN: Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen George Town hari ini atas lapan pertuduhan menipu seorang pengarah syarikat membabitkan nilai hampir RM1.9 juta bagi menyelesaikan kes cukai rokok pada 2019.
Tertuduh, Chan Eng Leong, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya secara berasingan di hadapan Hakim Mohd. Khalid Abd. Karim dan Mazdi Abdul Hamid.
Mengikut pertuduhan, Eng Leong didakwa menipu pengarah syarikat Global Tobacco Manufacturer (International) Sdn. Bhd., Goh Kim Heong dengan memperdaya mangsa untuk mempercayai dia boleh menyelesaikan kes cukai rokok dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Eksais DiRaja.
Bagi kesalahan itu dia didakwa dengan curangnya telah mendorong Kim Heong memindahkan saham syarikat tersebut kepada syarikat Natural Transforms Sdn. Bhd. miliknya.
Bagi kesemua pertuduhan berkenaan, ia membabitkan sebanyak 1,810,020 unit saham bernilai RM1,895,020.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut antara 24 April hingga 15 Ogos 2019 di Nombor 29, Green Hall, George Town, Pulau Pinang.
Eng Leong didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara antara setahun hingga 10 tahun, sebatan dan denda.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shahrezal Mohd. Shukri, Mohammad Nazri Abdul Rahim, Teh Li Siew dan Chew Qi Wei, manakalan tertuduh diwakili peguam R.S.N. Rayer.
Kedua-dua hakim membenarkan tertuduh diikat jamin berjumlah RM230,000 bagi kesemua pertuduhan.
Mahkamah menetapkan 27 September untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Aug 12 2022
Eng Leong didakwa menipu Pengarah syarikat Global Tobacco Manufacturer (International) Sdn. Bhd., Goh Kim Heong dengan memperdaya mangsa untuk mempercayai dia boleh menyelesaikan kes cukai rokok dengan Jabatan Kastam. - Foto Astro AWANI
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Ahli perniagaan mengaku tidak bersalah tipu pengarah syarikat hampir RM1.9 juta
Seorang ahli perniagaan didakwa atas lapan pertuduhan menipu seorang pengarah syarikat membabitkan nilai hampir RM1.9 juta.