KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan mengumumkan penarikan dirinya daripada pencalonan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi membolehkan beliau menumpukan perhatian kepada tugas beliau sebagai Setiausaha Agung UMNO, ketika suasana politik yang mencabar.

"Saya telah berbincang dengan Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi), Timbalan Presiden UMNO dan tiga Naib Presiden UMNO termasuk perdana menteri semalam dan saya telah membuat keputusan untuk menarik diri daripada pencalonan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat," katanya pada sidang media di Parlimen di sini, pada Khamis.

BERITA LANJUT MENYUSUL