Sambutan ulang tahun ke-56 kemerdekaan negara di Dataran Merdeka hari ini luar biasa kerana ia menyentuh perasaan orang ramai terhadap kepentingan mempertahan keselamatan dan kedaulatan negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Katanya sambutan tahun ini memberi penghargaan dan sanjungan kepada pasukan keselamatan negara yang berkorban untuk memastikan keamanan dan kemakmuran negara dijaga berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu Mac lepas.
Anggota keluarga dan waris perajurit yang terkorban dalam Op Daulat juga diberi penghormatan khas untuk berada di pentas utama dan semasa pasukan elit 69 komando membuat persembahan.
"Ini lain daripada yang biasa kita adakan kerana ia menyentuh perasaan kita bahawa keselamatan itu bukan datang bergolek.
"Ia perlu dipertahankan dan diperjuangkan, dan rakyat mesti menghargai keselamatan ini," katanya kepada wartawan selepas acara perarakan di sini.
Ahmad Shabery yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan tahun ini berkata beliau juga berpuas hati dan gembira dengan kejayaan perarakan yang dikelolakan.
Katanya hampir 200,000 penonton hadir di Dataran Merdeka untuk sama-sama menyaksikan perarakan kali ini.
"Ini sambutan yang paling besar. Mereka yang berhimpun hari ini juga lebih besar daripada biasa, khususnya untuk memberi penghormatan kepada pasukan keselamatan kita.
"Ini adalah luar biasa sekali," katanya.
Bernama
Sat Aug 31 2013
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Ahmad Shabery: Sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka luar biasa
Sambutan tahun ini memberi penghargaan dan sanjungan kepada pasukan keselamatan negara yang berkorban untuk memastikan keamanan dan kemakmuran negara dijaga.