KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru kerajaan negeri merancang dengan lebih baik persediaan menghadapi banjir besar serta mengambil langkah pencegahan bagi memastikan kerosakan alam sekitar tidak memburukkan lagi keadaan sedia ada.
Beliau berkata, selain faktor semula jadi dan geografi, faktor manusia juga boleh menjadi penyebab berlakunya banjir besar sehinggakan terdapat kawasan yang tidak pernah dilanda banjir besar, kini turut ditimpa bencana itu.
Menurutnya, kerakusan pembalakan haram dan penerokaan hutan secara tidak terkawal mengakibatkan ekosistem terjejas teruk manakala kawasan tadahan hujan hilang fungsi.
"Penguatkuasaan atau pembanterasan penerokaan hutan secara haram, penerokaan hutan tanpa peduli pemeliharaan alam sekitar perlulah dihentikan," katanya dalam hantaran di Facebook rasminya hari ini.
Ahmad Zahid berkata sistem saliran dan perparitan juga perlu diselenggarakan lebih baik termasuk aspek pendalaman supaya tidak berlaku takungan air dan tersumbat sekali gus menyebabkan banjir kilat mahupun banjir besar di desa atau perumahan di kota.
"Budaya menyelenggarakan seumpama ini sepatutnya menjadi amalan budaya kerja harian dan bukannya apabila berlaku banjir barulah diberikan perhatian," katanya.
Ahmad Zahid berkata, walaupun Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sentiasa bersedia dan mendapat peruntukan tambahan RM400 juta bagi kesiapsiagaan banjir hujung tahun ini, namun keprihatinan pemimpin turut dituntut dalam menghadapi bencana itu.
"Maka mana-mana pihak perlu lebih bersedia menghadapinya. Bercuti ke luar negara misalnya bukanlah keputusan terbaik ketika rakyat yang memilihnya dahulu ditimpa musibah," katanya.
Selain itu, beliau menyeru pertubuhan bukan kerajaan, mangsa banjir dan ahli akademik untuk memberi maklum balas bagi membantu kerajaan membuat penyelesaian terbaik dalam menangani isu banjir dengan lebih baik dan berkesan.
Katanya, apabila berlakunya banjir besar, ia akan mengakibatkan kehilangan nyawa, kerosakan hasil tanaman dan ternakan, kerosakan harta benda dan memusnahkan kemudahan infrastruktur yang ada.
"Mangsa banjir kehilangan rasa kebahagiaan, mengalami trauma, kenderaan rosak dan perlu dibaiki dan menyebabkan pendapatan terjejas malah hilang. Ini menyebabkan indeks kebahagiaan hidup merudum dan kesejahteraan hidup terjejas," katanya.
Menurutnya pada 2021, Jabatan Perangkaan Malaysia menganggarkan jumlah kerugian akibat banjir di seluruh negara bernilai RM6.1 bilion yang meliputi kerosakan tempat kediaman, kenderaan, premis perniagaan dan infrastruktur.
Ini, katanya, tidak termasuk perbelanjaan besar dilakukan untuk bantuan pengurusan banjir besar, membaiki infrastruktur yang rosak teruk, menyediakan tempat perpindahan banjir dan pelbagai lagi perbelanjaan bagi memastikan rakyat dilindungi lebih baik. - BERNAMA
Bernama
Sat Dec 24 2022
Ahmad Zahid Hamidi seru kerajaan negeri merancang dengan lebih baik persediaan menghadapi banjir besar serta mengambil langkah pencegahan bagi memastikan kerosakan alam sekitar tidak memburukkan lagi keadaan sedia ada. - Gambar BERNAMA
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.
Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.