Aidilfitri: Usah tergesa-gesa, biar lambat asal selamat - Najib

Anthea Yap
Julai 2, 2016 13:36 MYT
Najib menasihati pemandu agar mengikuti waktu perjalanan yang telah dicadangkan. -Gambar fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan orang ramai yang akan pulang ke kampung menyambut Aidilfitri supaya berhati-hati dan mematuhi undang-undang ketika memandu.
Beliau turut menasihati pemandu agar mengikuti waktu perjalanan yang telah dicadangkan supaya dapat mengelak daripada terlibat dalam kesesakan di lebuh raya utama negara.
Beliau dalam catatan akaun Twitternya berkata ramai yang telah memulakan perjalanan pulang ke kampung untuk beraya bersama keluarga.

Kpd yg akn plg ke kampung, patuhi undang2 & hati2 di jln raya. Usah tergesa2, biar lmbat yg penting selamat & dpt beraya bersama yg tercinta

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) July 2, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Najib turut menasihati supaya tidak perlu tergesa gesa dan biarlah lambat yang penting semua selamat sampai ke destinasi beraya bersama keluarga tercinta.
Orang ramai terutama warga kota kini mula pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut aidilfitri.
#Aidilfitri #akaun Twitter #kesesakan lebuh raya #Najib Tun Razak