KUALA LUMPUR: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menurunkan kadar caj pengurusan sebanyak 2 peratus membabitkan empat Skim Pembiayaan Ikhtiar iaitu Skim Pembiayaan i-Wibawa, i-Sejahtera, i-Bestari dan i-Penyayang.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) Tan Sri Noh Omar berkata, penurunan caj daripada 10 peratus kepada 8 peratus itu akan berkuat kuasa selama dua tahun bermula tahun 2022 hingga 2023.
"Penurunan caj itu membabitkan peruntukan pembiayaan sebanyak RM970.39 juta dan akan memberi manfaat kepada kira-kira 380,000 Sahabat AIM seluruh negara.
"Keempat-empat skim pinjaman ini mempunyai had pinjaman sehingga RM20,000," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pengumuman itu dibuat Noh ketika merasmikan Program Karnival Usahawan Dan Koperasi yang diadakan di Padang Astaka, Tanjung Karang, Selangor.
Hadir sama pada majlis berkenaan, Pengarah Urusan AIM, Shamir Abdul Aziz.
Dalam pada itu, Noh menjelaskan, ketiga-tiga langkah yang dibuat AIM itu merupakan sebahagian daripada keprihatinan pihak pengurusan dalam menyambut serta menyokong konsep Keluarga Malaysia yang diinspirasikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ia diharap dapat membantu menjana ekonomi Sahabat dan peniaga kecil, seterusnya memulihkan negara daripada masalah dan kesan akibat pandemik COVID-19.
Selain caj pengurusan, Noh turut mengumumkan pemberian rebat serta diskaun secara pro-rata kepada semua Sahabat yang melunaskan pinjaman lebih awal.
"Rebat pro-rata itu diberikan sehingga 50 peratus kadar caj pengurusan. Ini bermakna, lebih awal Sahabat melunaskan pinjaman, maka lebih tinggi diskaun yang akan diberikan.
"Atas rasa kebersamaan di dalam usaha memulihkan kembali ekonomi Sahabat yang terjejas akibat pandemik COVID-19, AIM juga tidak melupakan golongan pertengahan.
"Oleh sebab itu, AIM turut membuka tawaran pinjaman kepada mereka dalam kategori pertengahan (B50) dengan pendapatan isi rumah sebanyak RM5,880 dan ke bawah," jelasnya.
Astro Awani
Sat Oct 30 2021
Noh turut mengumumkan pemberian rebat serta diskaun secara pro-rata kepada semua Sahabat AIM yang melunaskan pinjaman lebih awal. - Foto AIM
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
B40 tarik nafas lega pengumuman ST, mahu terus jimat elektrik
Pengguna dengan bil elektrik bulanan bawah RM220 masih mendapat rebat dua sen/kwj seperti sediakala.
Kerajaan umum cara mohon rebat RM2,400 bagi motosikal elektrik 8 Dis ini
Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik memberikan rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli motosikal elektrik.
Syarikat telekomunikasi sokong Insentif Pascabayar Rahmah untuk pengamal media
Pengendali telekomunikasi memaklumkan bahawa insentif itu selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI.
Gangguan elektrik: Rebat pengguna tertakluk hasil siasatan - Takiyuddin
Takiyuddin berkata siasatan yang dilaksanakan Suruhanjaya Tenaga (ST) dan TNB itu dijangka selesai dalam tempoh satu bulan dari tarikh kejadian.
Gangguan bekalan elektrik: Pengguna terkesan akan nikmati rebat - Takiyuddin
Pada hari kejadian seramai satu juta pengguna akaun domestik, industri dan komersial terkesan dengan gangguan tersebut.
Gangguan bekalan air, P. Pinang dicadang beri rebat kepada pengguna
Gangguan bekalan air itu melibatkan 80 peratus atau 528,000 daripada 660,000 pemegang akaun Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).
Kos jana elektrik meningkat 45% susulan peningkatan harga arang batu
Kerajaan telah mengambil keputusan untuk memberi rebat untuk pengguna domestik bagi tempoh Februari sehingga Jun 2022.
Rebat 100% bil elektrik manfaatkan 72,000 pengguna yang terjejas banjir - TNB
Baharin berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat pandangan dan pertimbangan Perdana Menteri.
AIM turunkan caj pengurusan 2 peratus untuk empat skim pembiayaan
Penurunan caj daripada 10 peratus kepada 8 peratus itu akan berkuat kuasa selama dua tahun mulai 2022 hingga 2023.
Kerajaan digesa gerakkan semua sumber awam, swasta percepat program vaksin - ACCCIM
Lebih banyak sumber perlu disediakan selain melaksanakans vaksin secara lebih giat agar vaksinasi dilakukan secara berkesan.