Aiman tidak keseorangan - Tun M

Arfa Yunus
Februari 28, 2019 13:08 MYT
Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali hadir pada Santai 2-Roda Semenyih sempena PRK Semenyih, hari ini. Turut kelihatan, calon PH, Muhammad Aiman Zainali (tiga, kanan). - Foto BERNAMA
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih, Muhammad Aiman Zainali tidak akan dibiarkan dalam perjuangannya membela pengundi di sini.
Katanya, walaupun Aiman masih muda, ini tidak bermakna beliau tidak mendapat sokongan daripada pimpinan PH.
“Dia (Aiman) nampak muda sikit daripada saya tapi walaupun muda, di belakang dia ada ramai orang yang tua, ada sampai umur 93 tahun pun tak berhenti bercakap lagi.
“Kita nak bantu generasi muda kerana lama-lama mereka akan jadi tua juga dan ini adalah latihan untuk mereka ketika muda.
BACA: Aiman pencabar paling sukar saya - Uncle Kentang
“Jadi jangan fikir kerana Aiman muda dia tidak boleh buat itu dan ini. Dia boleh kerana kami ada dibelakangnya,” kata Dr Mahathir ketika berucap di sini pada Khamis.
PRK Semenyih akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Aiman, Zakaria Hanafi (Barisan Nasional), Kuan Chee Heng (BEBAS) dan Nik Aziz Afiq Abdul (Parti Sosialis Malaysia).
PRK Semenyih akan diadakan pada 2 Mac ini.
#Aiman tidak keseorangan #Barisan Nasional #Calon Pakatan Harapan #generasi muda #Muhammad Aiman Zainali #Parti Sosialis Malaysia #pilihan raya kecil #PRK Semenyih