Kerajaan negeri Melaka memberi jaminan bahawa bekalan air di negeri ini mencukupi untuk menampung keperluan semasa meskipun cuaca panas dan kering dialami negara ketika ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata jaminan itu berdasarkan bekalan paras air di tiga empangan utama negeri ini yang berada pada kapasiti selamat dan melebihi keperluan.
Beliau berkata laporan bacaan terkini di Empangan DurianTunggal di Alor Gajah merekodkan paras air 87.8 peratus, manakala Empangan Jus dan Empangan Asahan di Jasin masing-masing berada pada tahap 95.2 dan 100 peratus.
"Setakat ini paras air di tiga empangan di negeri ini masih berada pada tahap yang selamat dan terjamin bagi jangka masa yang agak lama.
"Kita sentiasa memantau paras air di tiga empangan berkenaan setiap hari sejak setahun lepas bagi memastikan bekalan mencukupi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, pada Rabu.
Mengulas lanjut, Idris berkata bacaan paras air di tiga empangan berkenaan adalah lebih baik jika dibandingkan sebelum ini ketika fenomena El- Nino melanda negara.
Katanya situasi berkenaan disebabkan pelbagai usaha yang dilaksanakan kerajaan negeri termasuk melaksanakan proses pengepaman air yang melimpah di kawasan rendah ke kawasan empangan tinggi pada musim hujan yang lepas.
Dalam perkembangan lain, Idris yang juga merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri berkata pihaknya sedang mengumpul manifesto dari peringkat Dewan Undangan Negeri dan Pusat Daerah Mengundi untuk dibukukan sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.
"Semua kandungan manifesto yang dibukukan ini nanti adalah hasil pandangan wakil rakyat yang turun padang berjumpa dengan masyarakat setempat.
"Manisfesto ini merangkumi pelbagai perkara utama dan dari sekecil-kecil janji untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat," katanya.
Sementara itu, beliau berkata Tourism Melaka disaran mewujudkan kawalan terhadap cenderahati yang melambangkan identiti negeri berkenaan sebagai usaha mempromosikan negeri bersejarah itu yang terkenal dengan ikon 'Sang Kancil'.
Menurut beliau bagaimanapun kerajaan negeri tidak menghalang individu atau penggiat industri pelancongan khususnya cenderahati untuk mengeluarkan produk masing-masing asalkan ia masih dapat memperkenalkan identiti Melaka.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 25 2017
Kerajaan negeri Melaka memberi jaminan bahawa bekalan air di negeri ini mencukupi untuk menampung keperluan semasa. -Gambar hiasan
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Air di Melaka cukup, tiga empangan tidak terjejas - Idris
Kerajaan negeri Melaka memberi jaminan bahawa bekalan air di negeri ini mencukupi untuk menampung keperluan semasa.