SANDAKAN: Akibat fenomena air laut pasang besar yang berlaku di dua kampung di daerah ini malam tadi, sebanyak 100 rumah atas air dilaporkan roboh kerana dipukul ombak.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, lebih 200 mangsa dilaporkan terjejas membabitkan penduduk Kampung Forest.
Semua mangsa yang terjejas ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Anib Dua.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, dianggarkan 100 rumah roboh di Kampung Forest dan 500 rumah lagi turut terancam.
Sementara itu, di Kampung Tinusa Dua, terdapat kejadian lima jambatan roboh dengan 20 rumah dilaporkan dalam keadaan terancam.
"Namun, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, tindakan pemantauan masih dijalankan oleh anggota bomba di Kampung Forest.
"Maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa manakala di Tinusa Dua, paras air mulai surut dan penghuni kembali semula ke rumah masing-masing.
"Selepas memastikan keadaan selamat, operasi di Kampung Tinusa Dua ditamatkan pada 1.45 pagi tadi," katanya.
Radhi Muslim
Sun Dec 25 2022
Menurut jurucakap PGO JBPM Sabah, dianggarkan 100 rumah roboh di Kampung Forest dan 500 rumah lagi turut terancam. - Foto JBPM/APM
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Azerbaijan meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meneruskan kes yang menuduh Armenia menjalankan kempen penghapusan etnik, satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh selama berdekad-dekad konflik etnik mereka.
Ringgit meningkat semula berikutan dolar AS rendah pada sesi awal
Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.7730/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 pada Selasa.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Pendengaran keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) Sindrom Down dikenali sebagai Bella, ditangguhkan pada 2 Mei depan.
Air pasang besar: Keadaan terkawal di Klang - MPK
Pemantauan Pasukan Pantas MPK melibatkan beberapa kawasan di Klang Selatan dan Klang Utara
Air pasang besar: Penduduk Klang diminta berwaspada
Orang ramai terutama penduduk Klang dinasihat sentiasa berwaspada susulan fenomena air pasang besar yang diramal berlaku pada Ahad dan Isnin.
Orang ramai teruja lihat air pasang besar di Tanjung Piai
Fenomena air pasang besar di Tanjung Piai sememangnya menjadi salah satu tarikan buat pelancong untuk ke titik penghujung benua Asia itu setiap tahun.
Suhu dunia meningkat, paras air laut naik, banjir lebih buruk - Penganalisis
Sekiranya tidak ada tindakan pemulihan segera, ia akan menyebabkan banjir yang berlaku pada masa akan datang lebih buruk.
Banjir: Air pasang besar sehingga 31 Oktober di Kedah
APM Kedah menjangkakan fenomena air pasang besar berlaku di pesisir pantai di Kedah sehingga mampu mencapai paras 3 meter (m) selama tiga hari bermula Ahad hingga 31 Oktober depan.
4 kawasan di Kuala Selangor dilimpahi air pasang besar
Empat kawasan di daerah Kuala Selangor dilimpahi air laut berikutan fenomena air pasang besar yang memasuki hari kedua pada Sabtu.
Penyu mati ditemukan di Pantai Beting Lintang
Penyu berkenaan sepanjang kira-kira 75 sentimeter dipercayai telah mati dalam tempoh beberapa hari.
Air pasang besar: 66 penempatan air terjejas, tiga hampir roboh
Seramai 150 orang mangsa telah mengosongkan kediaman lebih awal dan berpindah ke jalan raya bagi menyelamatkan diri.
Air pasang besar: 38 lagi rumah roboh di Kampung Forest
Sebanyak 38 lagi rumah atas air di Kampung Forest di sini roboh akibat fenomena air pasang sejak malam tadi.
Air pasang besar di Tanjung Piai jadi tarikan pelancong
Air pasang besar berlaku sejak 22 Disember lepas dan dijangka berterusan hingga esok dengan ketinggian maksimum 3.6 meter hari ini.