Dua lagi pusat pemindahan mangsa banjir berikutan fenomena air pasang besar dibuka di Selangor, menjadikan lima pusat itu beroperasi di negeri ini setakat ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata dua pusat pemindahan yang baharu dibuka ialah Dewan Masyarakat Sungai Keramat di Kapar, Klang dan Dewan Seri Sekinchan di Sabak Bernam.
Tiga pusat pemindahan yang dibuka sebelum ini ialah Dewan Serbaguna, Kampung Tok Muda, Kapar; Dewan Sungai Air Tawar; dan Dewan Parit Baru di Sabak Bernam, katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata jumlah penduduk yang dipindahkan juga bertambah sedikit kepada 332 setakat 6 petang berbanding 321 pada sebelah pagi.
Penduduk terlibat adalah dari Kampung Tok Muda, Kapar, Klang (236 orang), penduduk dari Kampung Batu 5, Kapar (enam orang), penduduk yang menetap di sekitar Sekinchan (dua orang) dan penduduk yang menetap di pekan serta kampung-kampung di sekitar Sungai Air Tawar (88 orang).
Sementara itu, hampir 100 penduduk Kampung Baru Lembah Pantai di Tanjong Karang bergotong-royong menambah ban pasir sepanjang 400 meter sejak Rabu lepas sebagai inisiatif mengekang air laut daripada melimpah ke kawasan kampung berkenaan berikutan fenomena itu.
"Ini hari kelima kita buat ban pasir...kita tambah guni pasir hari ini kerana kita jangka esok pagi dan seterusnya paras air laut lebih tinggi berbanding hari ini," kata wakil penduduk, Shamsul Nizam Mohd Nor, 44, kepada Bernama.
Selain menambah ban, penduduk kampung itu juga membuat pemantauan 24 jam secara bergilir-gilir sebagai langkah bersiap sedia sekiranya air laut melimpah ke kawasan darat. -Bernama
Bernama
Mon Oct 17 2016
Tiga pusat pemindahan yang dibuka sebelum ini ialah Dewan Serbaguna, Kampung Tok Muda, Kapar; Dewan Sungai Air Tawar; dan Dewan Parit Baru di Sabak Bernam, katanya ketika dihubungi hari ini. -Bernama
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Fenomena air pasang besar diramal berlaku di Hilir Perak mulai hari ini
Kejadian fenomena air pasang besar kali ini dijangka pada skala yang lebih besar berbanding bulan September yang lalu.
Air pasang besar punca banjir di Negeri Sembilan - MB
Kejadian banjir yang berlaku di Negeri Sembilan sejak Selasa lalu disebabkan fenomena air pasang besar terutamanya di kawasan Port Dickson.
Banjir di Batu Pahat mungkin berlarutan seminggu lagi - Polis
Banjir yang melanda daerah Batu Pahat, Johor, pada ketika ini, dijangka berlarutan seminggu lagi.
Banjir Mersing: Penduduk sifatkan terburuk dialami dalam 5 tahun
Banjir yang melanda daerah Mersing pada ketika ini, disifatkan yang terburuk pernah dialami, sejak tempoh lima tahun.
Air pasang besar diramal berlaku hingga Ahad
Penduduk di kawasan pesisir pantai disaran berwaspada dengan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku bermula hari ini hingga Ahad.
Fenomena air pasang besar terkawal - Bomba
Tinjauan di Pelabuhan Klang dan beberapa kampung mendapati air dilihat sedikit tinggi pada jam 7.15 pagi hingga ke 7.45 pagi.
Komuniti maritim di Kedah diingatkan berwaspada fenomena air pasang besar
Keadaan laut juga berbahaya kepada bot-bot kecil berikutan hujan lebat dan laut bergelora dengan ombak boleh mencapai ketinggian 1.5 sehingga 2.5 meter.
Fenomena air pasang besar landa empat negeri mulai 4 Nov
Fenomena air pasang besar dijangka melanda Kedah, Perak, Selangor dan Johor selama empat hari mulai 4 Nov depan.
'Tandas, bilik mandi pun hanyut'
Hujan lebat dan fenomena air pasang besar mengakibatkan hakisan lebih teruk berlaku.
Kuching dilanda banjir kilat awal pagi
Hujan luar biasa bersama fenomena air pasang besar menyebabkan beberapa kawasan di Sarawak dinaiki air awal pagi tadi.