KOTA BHARU: Serangan 'ganas' pandemik COVID-19 sejak Mac tahun lalu membuatkan perniagaan restoran yang diusahakan oleh sepasang suami isteri, Kamaruzaman Hussin, 42, dan Siti Nor Farah Abdul Dawari, 37, hampir ditutup.
Ia susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan sekatan penuh pergerakan yang memaksa premis perniagaan terpaksa 'berehat' panjang dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
Memikirkan kelangsungan hidup keluarga perlu diteruskan dan nasib pekerja terbela, pasangan suami isteri yang merupakan pemilik Restoran Pondok Kebaboom, Pasir Tumboh, di sini mengambil 'risiko' dengan mengusahakan air singgey.
Air singgey merupakan minuman popular yang paling mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pelanggan.
Malah restoran milik pasangan ini masyhur dengan minuman tersebut yang tidak dapat dijumpai di premis lain.
Percubaan berani pasangan suami isteri itu membawa tuah apabila air singgey menjadi 'penyelamat' perniagaan mereka apabila minuman itu 'meletup' sehingga mereka tidak menang tangan memenuhi permintaan para pelanggan.
Katanya, dia sendiri tidak menyangka produk minuman berasaskan campuran serai, lemon, daun pudina, perisa dan pengawet yang dibenarkan itu mendapat permintaan luar biasa.
"Saya keluarkan 24 botol sebagai percubaan pada bulan Jun lalu, namun permintaan makin naik dari masa ke masa.
"Alhamdulillah setiap hari saya kini mampu mengeluarkan kira-kira 600 botol," katanya.
Menurutnya, sepanjang tempoh dua bulan sebanyak 23,000 botol minuman itu telah berjaya dijual menerusi stokis dan agen bergerak di seluruh negara kecuali Perak, Melaka dan Sabah.
Katanya, dia bersyukur apabila air singgey bukan sahaja memberi rezeki kepada para pekerja namun orang lain yang terjejas dengan pandemik COVID-19 turut menerima tempiasnya.
Anak kelahiran Kampung Wakaf Stan itu berkata, setakat ini dia mempunyai 24 buah stokis dan 140 orang agen yang bertindak memasarkan air tersebut.
"Mungkin ini adalah rezeki yang ALLAH hendak kirimkan kepada saya dalam keadaan berbagai ujian yang terpaksa ditempuh sepanjang pandemik sebagai peniaga.
"Alhamdulillah hasil jualan air singgey ini saya dapat memanggil semula pekerja yang terpaksa bekerja bergilir-gilir sebelum ini untuk kembali bertugas," katanya.
Kamaruzaman berkata, dia berterima kasih kepada isterinya, Siti Nor Farah dan keluarga serta warga Pondok Kebaboom yang memberikan sokongan padu dalam menggerakan usaha menghasilkan air singgey ini.
"Air singgey ini saya hasilkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat sebagaimana yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu dengan memasaknya pada suhu antara 80 hingga 90 darjah celcius bagi memastikan ia tahan lebih lama.
"Penangan air singgey ini cukup besar apabila saya telah berjaya membuka sebuah kilang kecil bagi menampung permintaan tinggi di pasaran ketika ini," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Sep 10 2021
Pekerja Restoran Pondok Kebaboom sedang menyiapkan bungkusan air singgey sebelum dipasarkan. -Foto Sinar Harian
AWANI Tonight: How will Iran-Israel situation evolve after tit-for-tat attacks?
Iranian officials and media are playing down the Israeli attack on Isfahan, saying it was limited to three small drones. Analyst Jonathan Lord discusses the Iranian response as concerns grow over a possible war with Israel.
AWANI Tonight: India: voters head to polls in world's biggest election
India’s 2024 general election kicks of today with over 969 million eligible voters. Rahul Mishra from Jawaharlal Nehru University shares what to expect as voters head to polls in the world’s biggest election. India, election, Narendra Modi, Rahul Mishra
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Tidak perlu terlalu terkesan dengan lawak perkauman - Belia
Wakil Malaysia Southeast Asia Youth Leadership Program, Amira Aliya Abd Aziz berkata tidak perlu ambil hati dengan jenaka bersifat perkauman selagi mana ia tidak melibatkan isu-isu yang sensitif. Jelasnya, masyarakat berhak untuk membuat pendirian tersendiri terhadap jenaka-jenaka yang dibuat tetapi tidak perlu sehingga dipanaskan secara keterlaluan. #DialogAnakMuda
Raikan perbezaan selagi tidak menggunakan kaum untuk meraih perhatian - Mahasiswa
Setiausaha Agung Demokrat Universiti Malaya, Krishan Renganathan berkata perbezaan pandangan dalam sebuah negara demokrasi adalah suatu yang lumrah. Jelasnya, batas dalam perbezaan itu adalah tidak menggunakan sensitiviti kaum untuk meraih perhatian dan memancing isu. #DialogAnakMuda
Pupuk sikap mendengar tanpa bersifat emosional, reaksi terburu-buru - Belia
Graduan undang-undang Taylor’s University Malaysia, Faith Ling berkata masyarakat perlu amalkan sikap mendengar dari semua pihak secara terbuka tanpa bersikap emosional dan memberi reaksi secara terburu-buru demi menyantuni perbezaan pendapat yang wujud. Jelasnya, isu seperti konflik Israel-Palestin adalah terlalu kompleks dan perlu diamati dengan berhati-hati demi menjaga keharmonian. #DialogAnakMuda
Minda individu bawah 25 tahun lebih mudah dilentur hormat sensitiviti kaum - Pemimpin GSL
Pengurus Program Pemimpin GSL, Bernard Ow berkata minda generasi bawah 25 tahun lebih mudah untuk dilentur dan dilahirkan sebagai agen perpaduan dalam masyarakat. Jelasnya, perkara utama yang perlu ditekankan adalah aspek menghormati perbezaan pandangan yang rencam dalam konteks Malaysia. #DialogAnakMuda
Perpaduan bukan bermakna tiada pergaduhan - Undi18
Alumni Program Undi18, Khairun Sofea berkata mencapai status masyarakat bersatu-padu bukan bermakna mencipta komuniti yang tidak ada perbalahan. Sebaliknya, ketegangan akan terus berlaku tetapi masyarakat yang hidup dalam perpaduan akan cuba saling hormat dan faham, seterusnya mengekalkan keharmonian. #DialogAnakMuda
METMalaysia terus pantau perkembangan letusan Gunung Ruang
Pihak METMalaysia juga melaksanakan simulasi untuk mengenal pasti potensi berlaku tsunami akibat letusan itu dan ancamannya kepada Malaysia.
AWANI 7:45 [19/04/2024] – Perang Iran-Israel | Gaji baharu penjawat awam | Cubaan seludup dadah tumpas
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perkembangan terbaharu perang Iran-Israel, Israel membisu pascaserangan
- Kerajaan teliti situasi di Iran, kemungkinan bawa keluar rakyat Malaysia
-Tambah baik gaji penjawat awam, tunggu hari pekerja, kata PM
- Buang beras? Sebenarnya beras sudah rosak
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perkembangan terbaharu perang Iran-Israel, Israel membisu pascaserangan
- Kerajaan teliti situasi di Iran, kemungkinan bawa keluar rakyat Malaysia
-Tambah baik gaji penjawat awam, tunggu hari pekerja, kata PM
- Buang beras? Sebenarnya beras sudah rosak
#AWANInews
Air singgey penyelamat restoran hampir tutup
Dia sendiri tidak menyangka produk minuman berasaskan campuran serai, lemon, daun pudina, perisa dan pengawet yang dibenarkan itu mendapat permintaan luar biasa.