"Sewaktu menghantar ayah ke lapangan terbang, ayah lebih banyak berdiam diri dan hanya berpesan agar menjaga diri dan adik-adik," kata Fakhrul Razi, anak sulung kepada bakal jemaah haji dari Kedah
yang meninggal dunia pagi Ahad.
Fakhrul, 22, berkata kata-kata tersebut merupakan pesanan terakhir daripada arwah ayahnya, Kamarulzaman Masaod Zainal, 53, dan tidak menyangka ayahnya dijemput pergi sebelum sempat menunaikan rukun Islam kelima itu.
"Beberapa hari sebelum ini, ayah ada memberitahu kepada kami sekeluarga jika sepasang suami isteri pergi menunaikan haji tetapi suami meninggal sebelum berangkat ke Tanah Suci maka wajib bagi isteri untuk patah balik kerana berada dalam tempoh edah," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Kampung Titi Gajah di sini pada Ahad.
Tabung Haji dalam kenyataannya pada Ahad memaklumkan, bakal jemaah haji berasal dari Kuala Nerang itu, meninggal dunia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akibat komplikasi tekanan darah tinggi.
Allayahram dilaporkan jatuh sakit di KLIA setelah tiba dari Alor Setar dengan penerbangan KT9K pada pukul 12.55 tengah malam dan disahkan meninggal dunia 6.45 pagi tadi setelah dikejarkan ke Hospital Putrajaya.
Allahyarham Kamarulzaman yang merupakan bapa kepada empat anak berusia 14 hingga 22 tahun merupakan pesara syarikat Padiberas Nasional Bhd (Bernas) dan melakukan kerja menoreh getah selepas bersara.
Fakhrul berkata, ayahnya menggunakan sedikit wang yang dikeluarkan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi menunaikan haji bersama ibunya, Siti Minah Md Lazim, 49, yang merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Ahmad Kuala Nerang.
"Ayah memang sangat gembira bila dapat tahu terpilih menunaikan haji bersama ibu. Memang ayah menghidap tekanan darah tinggi tapi tidak begitu serius dan dia hanya ambil ubat untuk mengawalnya," katanya.
Jenazah Allayahram tiba di Masjid Titi Gajah, Alor Setar kira-kira 6 petang dan selamat dikebumikan kira-kira 7 malam Ahad.
Bernama
Mon Aug 08 2016
Allayarham dilaporkan jatuh sakit di KLIA setelah tiba dari Alor Setar dengan penerbangan KT9K pada pukul 12.55 tengah malam dan disahkan meninggal dunia 6.45 pagi tadi setelah dikejarkan ke Hospital Putrajaya.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
WHO dan Arab Saudi perluas program kad kesihatan digital haji
Kad kesihatan Haji ini dibangunkan berdasarkan infrastruktur utama (PKI) dalam Rangkaian Pensijilan Kesihatan Digital Global (GDHCN) WHO.
31 Sahabat Korporat TH sumbang RM4.8 juta kepada jemaah haji Malaysia
Lembaga Tabung Haji menerima sumbangan RM4.8 juta daripada 31 syarikat korporat melalui program Sahabat Koporat TH bagi membantu jemaah haji Malaysia.
Fahami pengertian istito'ah sebelum tunai ibadah haji
Pengetahuan perlu dikuasai untuk memastikan ibadah dapat dilakukan dengan sempurna sekali gus membolehkan jemaah mendapat haji yang mabrur.
Hasrat meninggal dunia di Tanah Suci termakbul
Hasrat meninggal di Tanah Suci disuarakan Abd Wahab kepada jiran-jiran yang berkunjung sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci.
Urus perlindungan takaful jemaah haji 5 negara
Al Khairi Insurance Limited tawar perlindungan takaful kepada jemaah Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura serta Bangladesh.
1,301 jemaah meninggal dunia pada musim haji tahun ini - Arab Saudi
"Banyak kes" kematian akibat suhu panas melampau dan perjalanan "tidak dibenarkan."
Beberapa negara sahkan jemaah haji meninggal dunia guna visa pelancong, lawatan
Beberapa negara mengesahkan bahawa kebanyakan jemaah haji mereka yang meninggal dunia adalah individu yang memasuki Arab Saudi menggunakan visa pelancong atau lawatan.
Kebanyakan jemaah yang maut tiada permit visa haji - Laporan
Laporan yang diterima mengesahkan bahawa mereka masuk ke Arab Saudi beberapa bulan sebelum ibadah Haji bermula.
Pelan kesihatan musim haji 2024 Arab Saudi berjaya - Al-Jalajel
Walaupun jumlah jemaah haji yang ramai dan cabaran suhu yang tinggi, tidak berlaku sebarang wabak ataupun ancaman kesihatan lain berlaku.
138 jemaah haji Indonesia meninggal dunia di Arab Saudi
Konsul Urusan Haji, Nasrullah Jasam mengesahkan bahawa kematian tersebut disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk strok haba.