AJK Bersatu Tuaran meninggal dunia akibat COVID-19

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Oktober 25, 2020 14:00 MYT
Mangsa dikatakan mempunyai tali persaudaraan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
KOTA KINABALU: Seorang ahli jawatankuasa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tuaran disahkan meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 pada Jumaat.
Muat naik di laman facebook Armada Bersatu Negeri Sabah mengesahkan jenazah dikebumikan pada jam 4.40 petang di Tanah Perkuburan Islam Serusup pada Sabtu.
Mangsa merupakan antara enam kematian yang diumumkan di Sabah akibat jangkitan COVID-19.
Muat naik tersebut turut menyifatkan ia sebagai satu kehilangan seorang pemimpin, pejuang dan sahabat Bersatu.
#Bersatu #meninggal dunia #COVID-19 #ajk bersatu tuaran #Sabah #ARMADA #perkuburan