Cadangan untuk memperkenalkan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik tidak harus tertumpu kepada sumbangan jumlah besar, kata Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan.
"Ceramah mingguan pembangkang yang melibatkan kutipan derma dengan mengedarkan "tin Milo" untuk mengumpul derma daripada para hadirin juga perlu dikaji.
Di samping itu, kempen derma melalui tajaan majlis makan juga perlu diambil kira. Mungkin setiap sumbangan adalah kecil tetapi oleh kerana jumlahnya besar, angka terakhir mungkin besar dan boleh mencecah berjuta-juta dalam satu tahun," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Jawatankuasa Perundingan Kebangsaan Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) pada Jumaat menggariskan 32 perkara termasuk memperkenalkan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik untuk meningkatkan integriti dan pembiayaan politik.
Pengerusinya Datuk Paul Low Seng Kuan, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri dilaporkan berkata cadangan itu akan dibawa kepada Kabinet dalam tempoh dua minggu akan datang sebelum dibentangkan di Parlimen untuk dibahaskan dan diluluskan.
Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata undang-undang yang sama dicadangkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 tetapi malangnya pembangkang menolaknya bulat-bulat atas sebab-sebab yang hanya diketahui oleh mereka.
"Ia amat mengecewakan kerana pihak pembangkang menggambarkan diri mereka sebagai telus. Idea itu diilhamkan oleh tidak lain dan tidak bukan oleh Perdana Menteri sendiri," katanya.
Abdul Rahman berkata beliau beliau berpendapat bahawa pembaharuan yang dicadangkan itu akan menyaksikan pemimpin pembangkang berkubur lebih awal.
Abdul Rahman berkata rasuah semasa pilihan raya bukan hanya tentang wang, tetapi menabur janji secara berlebihan kepada pengundi juga boleh menjadi satu bentuk rasuah.
"Pembangkang memang terkenal dengan amalan ini. Mereka suka menjanjikan bulan dan bintang tanpa mengambil kira akibat buruk kepada ekonomi dan masa depan negara. Siapa pula yang akan memantaunya?," kata beliau.
Beliau berkata memberi tumpuan semata-mata kepada pembiayaan politik tidak akan berlaku adil kepada usaha kita untuk meningkatkan ketelusan proses pilihan raya di negara ini.
"Ironinya ialah oleh kerana BN adalah kerajaan, rakyat secara automatik fikir bahawa BN adalah pembuli besar. Ini tidak benar. Realitinya pembangkang ialah pembuli besar selama ini melalui kempen memburuk-burukkan kerajaan yang penuh dengan pembohongan dan mereka-reka cerita," katanya.
Bernama
Fri Sep 30 2016
Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata undang-undang yang sama dicadangkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 tetapi malangnya pembangkang menolaknya bulat-bulat. - Gambar fail
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Gandingan dengan Abdul Rahman mampu perkukuh UMNO Sabah - Bung Moktar
Menurut Bung Moktar, beliau boleh bekerjasama dan suka digandingkan dengan Abdul Rahman.
Kesesakan tol RFID: Semua pihak terlibat dipanggil berbincang - Nanta
Beliau menerima aduan melalui Twitter Abdul Rahman Dahlan berkaitan perkara itu yang dipanjangkan kepada Anthony Loke.
PRU15: Rahman Dahlan kembali, Mohamad Alamin kekal di Kimanis
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu diletakkan di kerusi Parlimen Kota Belud.
Agenda belum selesai, Abdul Rahman Dahlan mahu kembali ke Kota Belud
Abdul Rahman berhasrat membangunkan Kota Belud yang mempunyai potensi cukup besar dalam pelbagai aspek terutamanya dalam konteks pendidikan dan pertanian.
PRU15: Abdul Rahman tawar diri jadi calon Parlimen
Ia bergantung kepada keputusan parti dan Abdul Rahman berkata beliau akan patuh dengan sebarang keputusan mengenainya.
'Akhirnya, UMNO tetap dengan solidariti, setiakawan'
Abdul Rahman berkata, perbincangan mesyuarat yang mengambil masa selama tiga jam itu telah berjaya diselesaikan dengan baik.
Dua Ketua UMNO Bahagian letak jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti
Abdul Rahman dan Shah Headan Ayoob letak jawatan selaras dengan ketetapan yang telah diputuskan di dalam MKT UMNO pada 3 Ogos lepas.
Audio tular: MKT UMNO tidak boleh dilihat tamak haloba - Penganalisis
Setiap pemimpin tertinggi UMNO harus mengelak daripada dilihat tamak haloba dan mengenepikan nasib rakyat ketika negara sedang melalui fasa kritikal memerangi COVID-19.
PAU2020: Kerjasama Bersatu dan UMNO hanya bawa ketidakstabilan politik - Rahman Dahlan
Kerjasama diantara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya akan menyaksikan ketidakstabilan politik berlaku di negara ini.
PRN Sabah: Muhyiddin umum Gabungan Rakyat Sabah
Gabungan itu terdiri daripada kerjasama antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).