Al-Sultan Abdullah berkenan ziarah Mohamed Azmin di hospital

Bernama
Februari 5, 2019 21:39 MYT
Al-Sultan Abdullah melawat Mohamed Azmin pada Selasa. Turut kelihatan, Shamsidar. Bagaimanapun, tidak didedahkan di mana pusat perubatan dan rawatan yang diterima Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu. - Twitter miraazmin
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa berkenan menziarahi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dirawat di hospital selepas menjalani pembedahan.
Anak Mohamed Azmin, Farah Amira menerusi akaun Twitternya berkongsi dua gambar yang memaparkan Sultan Abdullah melawat ayahnya di wad hospital.
"Saya dan keluarga menjunjung kasih di atas keberangkatan Ke bawah DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang berkenan mencemar duli menziarahi Abah @AzminAli.
"Sesungguhnya, kepedulian dan kasih yang dizahirkan Tuanku adalah kekuatan diri Abah @AzminAli untuk kembali sihat dan berkhidmat demi rakyat dan negara," kata Farah Amira di laman Twitternya pada Selasa.

Sesungguhnya, kepedulian dan kasih yang dizahirkan Tuanku adalah kekuatan diri Abah @AzminAli untuk kembali sihat dan berkhidmat demi rakyat dan negara. pic.twitter.com/8PmJbPFPb0

— Farah Amira Mohamed Azmin (@miraazmin) February 5, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

My family and I menjunjung kasih di atas keberangkatan Kebawah DYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah yang berkenan mencemar Duli menziarahi Abah @AzminAli petang ini. pic.twitter.com/odITkLcZSR

— Farah Amira Mohamed Azmin (@miraazmin) February 5, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun Farah Amira tidak mendedahkan di mana pusat perubatan dan rawatan yang diterima Mohamed Azmin.
Semalam, isteri perdana menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menziarahi Mohamed Azmin yang turut ditemani isterinya, Datin Seri Shamsidar Taharin.
-- BERNAMA

Such a gem of a person, Tun Dr. Siti is the embodiment of kindness, gentleness, love and compassion as I can see for myself in the way she cares for Abah @AzminAli. pic.twitter.com/fbeBIlt38q

— Farah Amira Mohamed Azmin (@miraazmin) February 4, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Al-Sultan Abdullah #anak #Farah Amira #Hospital #Mohamed Azmin Ali #Pembedahan #Siti Hasmah Mohd Ali #Yang di-Pertuan Agong #ziarah