Alaba mohon maaf kepada penyokong Real Madrid susulan tewas kepada Atletico

Astro Arena
September 26, 2023 04:41 MYT
Alaba ketika beraksi dalam perlawanan LaLiga antara Atletico Madrid dan Real Madrid di Metropolitano, Madrid, Sepanyol, 24 Sept 2023. - REUTERS
PERTAHANAN Real Madrid, David Alaba, bertanggungjawab atas kekalahan derby mereka kepada Atletico Madrid, selepas dia menjadi punca untuk ketiga-tiga gol Colchonero.
Tidak disedari bahawa ketiga-tiga gol Atletico terhasil menerusi corak permainan sama, dengan Samuel Lino dan kemudian Saul Niguez memotong dari sebelah kiri untuk melakukan hantaran silang.
Dalam ketiga-tiga kejadian, Alaba gagal mengawal pergerakan Alvaro Morata dua kali dan Antoine Griezmann, yang bertindak selaku penjaring gol.
Pengurus Atletico Diego, Simeone juga menegaskan bahawa ia telah menjadi rancangan mereka untuk mendapatkan gol menerusi gerakan demikian.

Madridistas we all expect more! This was not our game, this was not my game! We let you down yesterday but we will fight back and we will come back to what Real Madrid is!

— David Alaba (@David_Alaba) September 25, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selepas tamat perlawanan, dengan beberapa masalah telah diselesaikan, pertahanan Austria itu berkata menerusi akaun X, dia memberitahu, "Madridistas mengharapkan lebih daripada kami! Ini bukan permainan sebenar kami, ini bukan permainan saya! Kami mengecewakan anda semalam tetapi kami akan melawan dan kami akan kembali seperti Real Madrid!"
Alaba bakal digandingkan oleh Antonio Rudiger untuk sebahagian besar musim ini berbanding Eder Militao yang diketepikan ekoran kecederaan.
#Real Madrid #David Alaba #Atletico Madrid #LaLiga