Aliran trafik ke utara, timur tanah air lancar

Astro Awani
Julai 10, 2022 01:40 MYT
Aliran trafik keluar dari Lembah Klang dilaporkan lancar bagi laluan menghala ke utara dan timur tanah air setakat pagi tadi. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Aliran trafik keluar dari Lembah Klang dilaporkan lancar bagi laluan menghala ke utara dan timur tanah air setakat pagi tadi.
Ini susulan warga kota telah pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidiladha.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi perkongsian di Twitter memaklumkan laluan utama di semua lebuh raya termasuk di sekitar plaza tol masih dalam keadaan lancar dan terkawal.

8.33am SELATAN : Trafik di laluan utama lebuhraya PLUS@E2, LEKAS@E21, SDE@E22 & SPDH@E29 masih dalam keadaan lancar termasuk lokasi disekitar Plaza Tol. Selamat memandu.

— LLM Trafik (@LLMinfotrafik) July 10, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

8.30am UTARA : Trafik di laluan utama lebuhraya PLUS@E1, BKE@E15 & LLB@E17 masih dalam keadaan lancar termasuk lokasi di sekitar Plaza Tol. Selamat memandu.

— LLM Trafik (@LLMinfotrafik) July 10, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

8.27am TIMUR : Trafik keseluruhanya masih lancar di sepanjang laluan utama lebuhraya KL-KARAK@E8 serta LPT1 & LPT2@E8 termasuk lokasi disekitar Plaza Tol. Selamat memandu.

— LLM Trafik (@LLMinfotrafik) July 10, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malam tadi dilaporkan trafik sedikit sesak di kawasan Simpang Ampat-Ayer Keroh di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke selatan.
Llm juga berkata tiada penambahan ketara bilangan kenderaan setakat ini dan aliran trafik dijangka kekal pada pergerakan sama.
Sebelum ini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) melaporkan sebanyak 1.9 juta kenderaan akan berada di lebuh raya semasa cuti perayaan berkenaan bermula 7Julai hingga 12 Julai ini.
Sementara itu, pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu (LPT1) Anih Berhad menjangkakan lebih dua juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya itu bermula semalam hingga 11 Julai ini.
#Aidiladha #Lebuhraya Utara Selatan #LPT2 #PLUS