Aliran trafik dari ibu negara ke utara dan ke pantai timur bergerak perlahan di beberapa kawasan setakat 10 malam ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway berkata aliran trafik ke utara agak perlahan di Slim River ke Sungkai, Tapah ke Gopeng dan seterusnya ke Simpang Pulai.

Sementara itu, Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pula berkata trafik ke pantai timur mulai perlahan di plaza tol Gombak ke arah Genting Sempah, Genting Sempah ke Bukit Tinggi dan sekitar plaza tol Bentong.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.