Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama PLUS dilaporkan berjalan lancar setakat 12 tengahari ini.
Bagaimanapun Pengurus Besar Operasi PLUS Malaysia Berhad, Norbayati Manap menjangkakan akan berlaku pertambahan trafik menjelang petang nanti, susulan warga kota mula kembali ke ibu negara.
"Pemerhatian kami setakat tengahari mendapati belum ada pertambahan trafik luar biasa berlaku,
"Kami jangkakan aliran trafik cuma bertambah sekitar petang nanti, memandangkan ketika itu warga kota akan mula pulang ke ibu negara,"katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mengulas lanjut, beliau juga memaklumkan berdasarkan pemerhatian Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Plus Expressways Sdn Bhd, hanya satu kemalangan dilaporkan berlaku di Lebuhraya KM157.2 arah utara dari Jawi ke Bandar Cassia.
Beliau berkata kemalangan antara sebuah trailer dan lori dengan muatan besi buruk itu menyebabkan kesesakan sepanjang 5 kilometer, kerana pihaknya terpaksa menutup dua laluan utama dan hanya laluan kecemasan boleh dilalui.
Pengguna laluan itu diminta keluar melalui plaza tol Jawi dan Bandar Baru untuk elak kesesakan.
Norbayati turut menasihati pengguna untuk sentiasa mengikuti perkembangan trafik melalui platform Twitter PLUS di www.twitter.com/plustrafik, aplikasi telefon dan talian talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 sebelum memulakan perjalanan.
Astro Awani
Fri Sep 25 2015
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama seluruh negara dilaporkan berjalan lancar. - Gambar Fail
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Laluan di NKVE ditutup akibat tanah mendap
Polis mengesahkan lorong kecemasan dan separuh lorong kiri di Kilometer (KM) 18.6 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) arah selatan ditutup sementara bagi kerja-kerja pembaikan.
Tol percuma di semua lebuh raya pada 29, 30 Okt sempena Deepavali
Tol percuma ini akan dilaksana di semua lebuh raya bermula pada jam 12.01 tengah malam 29 Okt (Selasa) dan berakhir pada 11.59 malam 30 Okt 2024 (Rabu).
Seorang parah, dua cedera ringan kemalangan babit tujuh kenderaan
Kemalangan melibatkan lima buah kereta dan dua motosikal berlanggar, mengakibatkan seramai lapan orang mangsa terlibat.
Empat ditembak di lebuh raya di Kentucky, Amerika Syarikat
Kejadian tembakan berlaku ketika polis sedang giat memburu suspek yang dianggap "bersenjata dan berbahaya."
Penggunaan BIM perlu diperluas kepada pembinaan pembetungan, jalan raya - Ahmad
Ahmad turut mencadangkan agar universiti dan syarikat pembinaan tempatan bekerjasama dalam membangunkan perisian BIM keluaran Malaysia.
Kemalangan lori treler melintang di lebuh raya Pagoh-Yong Peng
Menurut PLUS, ketika ini semua lorong terhalang dan trafik tidak bergerak.
Jajaran di Sarikei Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak siap Oktober
Status kerja-kerja pembinaan Seksyen Bukit Sebangkoi telah mencapai 99 peratus.
Lebih 300 'mat rempit' tunggang lawan arus atas lebuh raya lari daripada polis
Lebih 300 penunggang motosikal bertindak melarikan diri dengan menunggang secara melawan arus di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).
Vietnam sasar capai 100 peratus liputan jalur lebar di lebuh raya, landasan kereta api menjelang 2025
Sasaran ini adalah berikutan rancangan Kementerian Penerangan dan Komunikasi untuk meningkatkan kualiti rangkaian telekomunikasi mudah alih.
Pembinaan lebuh raya: KKR sedia tambah baik SOP elak kejadian buruk
KKR akan sentiasa berusaha menyesuaikan SOP agar ia benar-benar memberi impak untuk menghindari kesan buruk.