PUTRAJAYA: Al-Quran merupakan sumber intelektual dan spiritual Islam yang merupakan asas bukan hanya bagi agama dan kerohanian semata-mata, tetapi juga semua cabang ilmu pengetahuan termasuk teknologi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata al-Quran menganjur dan mendorong umat Islam agar menuntut ilmu, mempelajari, menganalisis serta menggunakan akal yang dikurniakan Allah untuk dimanfaatkan.
Ismail Sabri berkata al-Quran merupakan wahyu Allah yang diturunkan sebagai petunjuk agar manusia dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil, manakala teknologi pula ialah penemuan berdasarkan cerapan dan kajian yang dilakukan manusia.
"Gabungan al-Quran dan teknologi dapat memperkuat dan memperjelas sesuatu fakta hujahnya dengan merujuk kepada hadis Nabi, mazhab-mazhab, para sarjana, saintis Islam dan bukan Islam.
"Perhubungan teknologi dan agama dipandang sebagai perhubungan roh dan jasad. Teknologi dan agama saling menyempurnakan antara satu sama lain," katanya pada Majlis Penutup Majlis Tilawah Al-Quran Johan-Johan Kebangsaan (MTQJK) hari ini.
Beliau berkata penganjuran MTQJK itu menunjukkan bagaimana teknologi dapat digunakan ke arah kebajikan seiring dengan prinsip Islam.
MTQJK itu menyaksikan teknologi menghubungkan 26 orang qari dan qariah yang pernah menjadi johan tilawah kebangsaan bersiaran secara langsung dari 11 lokasi dengan boleh disaksikan menerusi pelbagai capaian media.
"Alunan ayat-ayat al-Quran dan ibrah huraian ayat pula dipancarkan kepada penonton menggunakan teknologi realiti terimbuh (AR) yang menunjukkan Islam tidak pernah menghalang umatnya daripada memaksimumkan penggunaan teknologi dalam kehidupan," katanya.
Beliau berkata penularan wabak COVID-19 turut mengubah cara hidup Keluarga Malaysia kepada norma baharu termasuklah dalam aspek pengajaran dan pembacaan al-Quran.
Seiring dengan teknologi dan keperluan umat Islam moden, Ismail Sabri berkata al-Quran kini disediakan dalam pelbagai produk digital dan aplikasi perisian.
"Saya difahamkan sejak penularan wabak COVID-19, pembelajaran al-Quran secara dalam talian semakin mendapat tempat.
"Banyak institusi sama ada kerajaan atau swasta telah memperkenalkan kelas-kelas pembelajaran al-Quran seperti tajwid, talaqqi, taranum dan hafazan secara dalam talian. Usaha murni tersebut memudahkan masyarakat untuk mempelajari ilmu membaca al-Quran," katanya.
MTQJK anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diadakan selama lima hari sejak Jumaat lepas yang menampilkan seramai 26 qari dan qariah johan tilawah kebangsaan dan jemputan khas yang mewakili semua negeri, dengan mempersembahkan bacaan al-Quran secara bertaranum.
Pada malam ini, qari Tan Sri Syeikh Ismail Mohamad dari Terengganu dan Datuk Ahmad Faizul Ghazali Al-Hafiz (Pahang) serta qariah Amnah Ayup (Sarawak) dan Nor Farhatul Fairuzah Panut dari Negeri Sembilan, mempersembahkan bacaan al-Quran.
Majlis yang diacarakan oleh Amin Idris dan Irma Hasmie turut menyaksikan Jakim membuat inovasi persembahan tadabbur dengan teknik kesan visual AR.
MTQJK julung kali diadakan itu merupakan alternatif kepada Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1442H/2021M yang ditangguhkan berikutan situasi pandemik COVID-19 dan disiarkan secara langsung di TV1 serta TV OKEY.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 26 2021
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucapan perasmian secara maya sempena Majlis Pelancaran Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) di Panggung Sari Kompleks Kraf hari ini. - Foto BERNAMA
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Zul Kepli, Pakar Undang-undang Antabangsa, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Semua penerbangan menuju ke bandar "Tehran, Isfahan dan Shiraz, lapangan terbang Barat, Barat Laut dan Barat Daya di Iran telah digantung.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar
Menteri luar ASEAN menggesa semua pihak menghentikan segera keganasan dan melaksanakan sekatan sepenuhnya di kawasan sempadan Myanmar.
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.
Pemilihan UMNO: Wan Rosdy gariskan sebab kenapa tawar diri bertanding Naib Presiden
Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini mededahkan sebab dia memilih untuk menyerahkan borang untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu kali ini.
PAU2022: Boleh rujuk RoS teliti semula kelulusan usul Presiden, Timbalan tak dipertanding - Ismail Sabri
Mana-mana ahli atau pemimpin UMNO boleh merujuk kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) bagi meneliti semula keputusan meluluskan usul tambahan agar dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan
Lapor SPRM jika ada maklumat, bukti sogokan undi pos di Bera - SPR
Individu yang mempunyai maklumat atau bukti berlakunya perbuatan sogokan atau rasuah ketika proses pengundian pos di Parlimen Bera, Pahang supaya melaporkannya kepada SPRM.
PRU15: Anwar perlu minta maaf tuduh tentera dibayar RM300 undi awal - Ismail Sabri
Tuduhan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan anggota tentera yang mengundi di Parlimen Bera dibayar RM300 bertujuan merendahkan imej anggota pasukan keselamatan itu, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
NGO antarabangsa, media Indonesia puji pendirian Ismail Sabri ke atas Myanmar
NGO dan media Indonesia memuji keberanian Ismail Sabri yang lantang bersuara mengenai nasib rakyat Myanmar dan kekejaman dialami mereka di negara yang diperintah junta.
Lokman Adam fail tuntutan balas terhadap Ismail Sabri
Selepas disaman Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas dakwaan menyiarkan kata-kata fitnah menerusi akaun media sosial, Datuk Lokman Noor Adam pula memfailkan tuntutan balas terhadap perdana menteri itu.
PRU15: Ismail Sabri beri bayangan manifesto BN ada 'tawaran besar' buat pengundi muda
Manifesto Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangkakan memberi 'tawaran besar' buat golongan muda di negara ini.
PRU15: Fokus keutamaan bekerja untuk rakyat - Ismail Sabri
Budaya berdebat tidak memberikan hasil, sebaliknya kerajaan lebih menumpukan tugas menjaga kepentingan rakyat.
PRU15: DUN di bawah BN bubar serentak dengan pembubaran Parlimen
Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) akan dibubarkan serentak dengan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).