Perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno tidak pernah dihalang daripada mengkritik kepimpinan parti ketika mengambil bahagian dalam perbahasan, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Sebaliknya, beliau berkata amalan yang dipraktikkan sejak sekian lama itu tetap akan diteruskan pada perhimpunan akan datang berlandaskan budaya dan adab orang Melayu.
"Kita tidak pernah tutup ruang perbahasan, malah saya tak pernah dengar ucapan yang tidak ada teguran kepada pemimpin dalam Perhimpunan Agung Umno. Kritikan tetap menjadi amalan namun secara sopan, dan bersopan tidak semestinya bermaksud kritikan itu tidak dirasai langsung," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas saranan beberapa penganalisis politik bahawa perwakilan Umno perlu berani bersuara dan menegur sebarang kepincangan dalam parti, bukannya sekadar memberi pujian melambung kepada pemimpin ketika berbahas pada perhimpunan yang akan bermula pada Selasa depan itu.
Khairy memberikan ulasannya itu pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan dengan Institut Automatif Malaysia (MAI) di sini hari ini.
Perjanjian itu membolehkan pelatih Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) mengikuti program latihan Sijil Profesional Pimpinan Industri, iaitu penempatan latihan di tempat kerja di bawah MAI yang mana akhirnya MAI akan memastikan 100 peratus pelatih memperoleh pekerjaan dalam bidang automotif dengan gaji yang lebih tinggi.
Mengulas lanjut, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata pembahas boleh lantang dalam kritikan mereka, namun tidak perlu sampai menjadi 'kurang ajar' kepada parti selain perlu sentiasa sedar bahawa Umno adalah sebuah parti Melayu.
"Kita parti Melayu, kita ada budaya, nak sampaikan teguran mesti dengan cara yang tepat dan baik...maknanya tetap sampai kepada pemimpin," katanya.
Bagi memastikan perbahasan dan kritikan yang dibuat adalah berkualiti, beliau mengingatkan perwakilan yang ingin berbahas supaya membuat kajian terhadap isu yang ingin dibahaskan terlebih dahulu supaya Perhimpunan Agung Umno terus kekal sebagai perhimpunan agung parti politik terbaik.
Perhimpunan Agung Umno 2014 akan berlangsung dari 25 hingga 29 Nov ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Bernama
Wed Nov 19 2014
KHAIRY: Amalan tegur, kritik pemimpin pada Perhimpunan Agung UMNO diteruskan - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Chini Memilih: Calon Bebas janji bawa rintihan rakyat
Calon bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, berjanji bawa suara rakyat.
PRK Chini bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru?
Menurut sumber, sehingga kini terdapat seorang lagi calon bebas telah membayar deposit untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu.
PRK N23: SPR benarkan calon dan parti berkempen normal baharu
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah meminda beberapa prosedur operasi standard (SOP) dengan membenarkan calon dan parti yang bertanding menjalankan aktiviti berkempen, cemaran, tinjauan
Graduan IKBN raih pengalaman berharga di syarikat automotif
Khairy Jamaluddin berkata, graduan bukan sahaja mendapat pengetahuan mengenai sektor automotif, malah mereka juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi.